Sunday 2 December 2012

Promo Dec~ Collagen Shaklee Powder





Salam~

Berlabuh sudah tirai Nov, maka menjengah sudah kita di bulan Dec~

Selamat Petang Jelitawan dan Si Hensem semua~

Anyway Proudly nak annouce~ Promo Dec Buy 6 Free 1 Collagen Shaklee Powder weeee~
Jom kita mandi Collagen Bulan ni hik3..

Harga yang ditawarkan mmg super duper menjunam~
Jom Grab selagi stok masih ade :)

Apa kehebatan collagen??
Meh kita tgk gmbr dulu ye :)~




Kesan dan kehebatan Collagen Powder Shaklee~





ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara



Promo Dec~ Buy 6 Free 1 Collagen Powder Shaklee~

Weeee~ Meletoopsss ok!!

Nak dapatkan collagen powder shaklee pada harga promosi????

Dengan Pembelian Shaklee Collagen Powder 6 kotak..Ape yang anda dapat???

++ FREE 1 kotak shaklee collagen powder bernilai RM298
++ FREE membership bernilai RM75
++ FREE Penghantaran bernilai RM10
++ Bonus cash dibayar pada 15hb Jan 2013 sebanyak RM110

Banyaknye yang anda dapat jimat..berapa semua tu..Penjimatan hampir RM500

Berminat PM saya segera..jangan sampai stok dah licin..

|♥| Shaklee Collagen Powder telah melalui beberapa kajian saintifik sebelum dikeluarkan di pasaran. dan pastinya ia juga halal dan boleh dimakan tanpa was-was!

|♥| Tips -- Share beli dengan kawan2, sedara mara, adik beradik kumpul 6 kotak dan pos satu alamat serta merta anda dapat ape yg di nyatakan di atas... (^_^)


If nak beli satu kotak pon boleh~ harga yang ditawar masih dalam harga promosi~ Dont worry saya flexible okeh! :)

So tunggu apa lagi?? Jangan Malu Jangan Segan~ Mai pakat2 PM saya =)

nurulnadia_144@yahoo.com/ 0134167522/

Sunday 25 November 2012

Joint Health Set Shaklee

Apa itu Sendi?
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamentendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.
shaklee joint helath tablet

Sakit Sendi dan Ketidakselesaan

Namun semakin umur meningkat, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan membataskan pergerakan seseorang.



Kini semua itu boleh diatasi dengan mengambil supplement Jointh Health Set daripada Shaklee


  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
 

 

     Keistimewaan Joint Health Shaklee
  • Sentiasa selamat -berasaskan sayuran
  • Sentiasa berkesan- meningkatkan keselesaan sendi dalam 5hari
  • Sentiasa mesra alam - botol yang bebas BPA




Ayuh hadiahkan kepada yang ibu bapa atau insan tersayang~
Kesan boleh dilihat seawal 5 hari | based on Shaklee Clinical Research|


Jangan Biarkan Sakit Sendi Mengatasi aktiviti harian kita :)
 


Hubungi saya di 0134167522 or nurulnadia_144@yahoo.com


Wednesday 14 November 2012

Saya Bangga Menyusukan Si Manja Saya!!

Hai gorgeous diluar sana~
Semoga sehat dan cantik selalu

Today saya nak berkongsi mengenai kepentingan dan kebaikan susu ibu~
Wahai org kampung sekelian~
Saya dengan berbesar hati mengakui masih menyusukan baby saya sehingga ke saat ini dan berikrar akan menyusukan dia sehingga dia sendiri yg reject kih3...

Wonder sgt mengapakah sesetengah Ibu tidak suka breastfeed anak sendiri~
Ohooi kerugian yg sgt2 tak dapat diterjemahkan~
Malah berbangga pula memberikan susu formula berbanding susu badan sendiri sigh~~~
Risau kononnye breast dah tak cantik..
Badan menjadi lemah tak bertenaga
Adodoiii Si Ibu ooiii~
Mari kita mencari gali ilmu parenting dulu yuukk :)
Moga-moga mendapat sikit kesedaran disini hee~


Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”






Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
wallahu’alam….




-susu ibu mampu mengeratkan lagi hubungan si ibu dan simanja

-if tak de Ibu mawu tak lena yayang ibu nih, bangga sgt ibu hek3-


- our small family-

Actually, utk menjayakan penyusuan kepada si Manja Set Breastfeeding Shaklee banyak membantu
Tapi saya akan berkongsi didlm next entry~
Jumpa lagi sume~

=)


Set Slimming Shaklee

Salam Maal Hijrah wahai sayang-sayangku~
How are you?
Harap semuanye baek2 hendaknye~
OK hari ni saya nak berkongsikan mengenai salah satu set yg sangat popular bg kalangan customer Shaklee~

Taraaa~ Slimming Set Shaklee~

Slimming Set Shaklee mengandungi - Herbalax, Alfalfa, Lecithin, ESP~
Dengan Izin Allah InshaAllah hasil yang diperolehi mmg super duper berbaloi!
Let me share function each of this supplement





1) DETOX


-Sebelum anda memakan suplemen untuk slimming, anda perlu detox terlebih dahulu. Detox sangat diperlukan untuk membersihkan usus-usus kita daripada lemak, toksin dan lendir (semua yang degil-degil tu). Ia akan dikeluarkan melalui air besar. Apabila usus kita dah bersih dan cun, barulah mudah untuk ia membuat kerjanya - iaitu dapat mengoptimumkan penyerapan nutrien!

Supplemen yang melaksanakan tugas ini ialah~ Alfalfa + Herbalax



Walaubagaimanapun, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak anda cuma boleh mengambil Alfalfa dan Fiber Plan sahaja. Herb Lax pula sesuai bagi yang tidak ada komitmen dengan menyusui si manja. Oh ya! Satu lagi.. Bagi yang ada masalah sembelit, Herb Lax ini sangat sesuai untuk anda. Kalau anda ok dan tiada masalah sembelit, Alfalfa danFiber Plan adalah pilihan yang sesuai.



2) PROTEIN

Mengapa perlukan protien? Kerana protein ini antara tugasnya yang paling best adalah untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain yang menarik ialah ia mampu membantu membakar kalori kita sehingga 35%! Hebat kan?

Di Shaklee kami mempunyai 2 cadangan:

i) Untuk ibu yang menyusukan, anda boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) 
*Bonus ianya mempercepatkan penghasilan susu badan dan kalau consume secara istiqamah akan membuatkan kulit anda menjadi gebu*



ii) Bagi yang tidak menyusukan, kami mengesyorkan anda untuk mengambil Cinch Shake Mix



3) LECITHIN

Lecithin adalah sangat penting ya puan-puan. Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Ini adalah apabila dia 'bertemu' dengan lemak lemak degil, dia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tu dan seterusnya membawa lemak tu keluar dengan bantuan fiber. 

Jadi ini adalah suplemen utama yang dapat dikongsi bersama-sama anda semua. Tetapi harus diingat, jangan menganggap dengan hanya memakan suplemen ini tapi anda masih lagi meneruskan diet dan gaya pemakanan yang sama - keberkesanan itu mungkin akan berkurangan. 
Jadi pastikan anda:

- Kawal pengambilan kalori makanan anda (Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan manis)
- Minum air dengan banyak 2-3 L sehari (Air akan membantu anda mudah lawas, flush semua toksin dalam badan dan mengurangkan kepekatan darah)
- Berdisiplin dalam mengambil suplemen di atas
- Berdoa dan tawakal pada Allah

Secara ringkasnya, Set Slimming Shaklee ini:


1) Untuk yang menyusukan anak: 
- Alfalfa / Fiber- ESP- Lecithin
2) Yang tidak menyusukan anak: 
- Herb Lax / Fiber / Alfalfa- Cinch Chake Mix / ESP- Lecithin


Ok mari kita baca testimoni mereka yang telah mencuba set slimming Shaklee









Berminat utk mencuba?
Ayuh PM saya utk mengetahui info dengan lebih detail
PM/SMS/WhatsApp
nurulnadia_144@yahoo.com/ 0134167522


Sunday 11 November 2012

Omega Guard Shaklee~

Omega Guard Shaklee~

Mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA. DHA dan EPA membantu merendahkan kolestrol jahat iaitu LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL~

Siapa yang perlukannya??
(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Nota : OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, lecithin tu naik basikal dan omegaguard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda dan bukan bajet saya yea..

(5) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok





Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Perhatian:
Sila dapatkan panduan pemakanan OmegaGuard untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun dewasa daripada pengedar Shaklee anda yang sah!







Berminat untuk mencuba?
Sila hubungi saya di nurulnadia_144@yahoo.com/ PM/SMS/WhatsApp: 013-4167522





Tuesday 6 November 2012

ESP SHAKLEE Porduct Paling Laris dan Popular

ESP
Energizing Soy Protein
Mengapakah ESP menjadi product yang sangat laris dan HOT dipasaran
Mari kita bincangkan kebaikan dan kelebihan ESP :)


ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak dan bebas kolestrol. Ia sesuai utk seisi keluarga~
Ia sesuai diambil tidak kira peringkat umor.. kanak2 yang berusia satu tahun keatas juga boleh mengambil makanan tambahan ini No worries ok!~ :)


Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar,
 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
2.Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
3.Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
4.Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
5.Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
6.Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

7.Milk Booster kepada ibu2 yang menyusukan anak!



Selain itu ESP juga dijamin bersih dan selamat kerana ia NON GMO means diproses dengan air bukan daripada bahan kimia untuk mengekalkan kualitinya~

Jadi tunggu apa lagi..
Ingin kan kulit yang anjal dan sihat disamping mendapat bonus2 kebaikan yang lain?
Ayuh kita mulakan langkah dengan pengambilan supplement tambahan ESP Shaklee~
Insyallah mampu memberi maanfaat kepada pengguna!




Sebarang pertanyaan dan harga sila hubungi saya di nurulnadia_144@yahoo.com
PM/SMS/WhatsApp: 0134167522

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnye dr Allah SWT :)

Saturday 3 November 2012

Alfalfa Complex Shaklee

Raja Tumbuhan yang sangat kaya dengan mineral dan banyak kebaikannya~

Antara kebaikan alfalfa:


Menambahkan susu badan. 

Membanyakkan sel darah merah.
Membersihkan usus.
Mencegah pembiakan bakteria jahat.
Meningkatkan fungsi hati dan paru2.
Menstabilkan pH tubuh.
Meningkatkat metabolisma.
Meningkatkan imuniti tubuh.
Menghilangkan bau badan dan mencegah nafas berbau.
Menyingkirkan bendasing dalam darah.
Mengandungi kalsium yang tinggi.





Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.


Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.



-testimoni pengguna Alfalfa-




Alfalfa sangat sesuai digunakan kepada ibu yang menyusukan anak, wanita yang mengalami masalah keputihan, mereka yg mempunyai alahan allergy & eczema, mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan banyak lg~

November Promotion~ Buy 6 Alfalfa Complex Free 1
Ayuh PM saya utk harga yang sangat istimewa dan menjunam jatuh :)
Sihat&Cantik harus seiring ^^

Hubungi saya sekarang di:
PM/SMS/WhatsApp: 013-4167522/nurulnadia_144@yahoo.com

Monday 29 October 2012

Vita-C

Ingin cantik dan sihat?
Inginkan kulit muka yang bersih tanpa parut jerawat disamping meningkatkan immuniti tubuh badan?
Vita-C from Shaklee adalah penyelesainya~

Vita-C bertindak sebagai antioksidan utk kesihatan dan kecantikan kulit serta melawan radikan bebas didalam badan kita.

Kekurangan Vita-C menyebabkan collogen menjadi lemah dan tidak sehat. Maka keanjalan kulit turut terjejas :).  Tubuh kita tidak mampu untuk membina vitamin C dengan sendirinya. Oleh itu supplement tambahan adalah diperlukan dalam memastikan tubuh badan menerima Vita-C yang secukupnya.

Kebaikan Vita-C:

1. Membantu mengurangkan kadar kolestrol didalam darah
2. Menghalang SKURVI (Penyakit kekurangan Vita-C seperti gusi bengkak dan berdarah, pendarah dibawah kulit dan lain-lain)
3. Mempertingkatkan sistem pertahanan badan
4. Menguatkan dinding salur darah
5. Menolong pembentukan tisu gentian
6.Mengurangkan kedut pada kulit
7.Memperbaiki parut pada kulit
8.Menjadikan kulit lebih cerah
9.Menghilangkan jerawat dan pigmentasi
10. Menjaga kesihatan otot dan mencantikan kulit
11.Membantu penghasilan collogen serta meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
12. Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori kulit.


Lihatlah betapa banyak nye kebaikan Vita-C.. Apa tunggu lagi..
Berminat? Hubungi saya utk mendapatkan harga durian runtuh di nurulnadia_144@yahoo.com/ 0134167522

Monday 23 July 2012

6 Month~


Happy Born Day my Little boy
6 month already 
You will always be my side!
bantal peluk ibu setiap malam ^^
Sungguh tanpa baby boi disebelah tido saya tidak selena mana~
Almaklum sudah terbiasa dgn tido yg tidak lena since 6 month ago..

6 month?
Anakanda saya sudah semakin lasak..
Menyulur merata alam..
Jenuh si ibu mengepung~
nak pkai bedak, sapu losyen, sapu minyak after take a bath huuuu sungguh seksa benar skrg ni :)
Dalam erti kata lain baby boi ibu aktif benar! :)
Aduhaiii letih tapi membahagiakan..
I love my baby boi so much!
Letih seharian bekerja hilang dgn menatap gelak tawa si anak!
Awesome dan sangat membahagiakan!
Syukran Ya Allah :)

Last timbang 5 month sudah 7kg..
this thursday wanna take a jab for 6 month and timbang also..
tak tawu la berapa kg ag naek..
nestum dan susu sama2 seiring!
semangat sungguh anak ibu makan!

Apa yg kita makan meleleh air liur teringin benar si tecik ibu ni~
Aduhai sabar syg, kamu kecik lagi okeh!
after dah boleh mkan apa sja ibu akan beri okeh!

Last thing, my mom also dah tgur..
Ai sakan iman isap ibu jari kaki..
nak adik ag ke..
Ohh myyy~
tetttttt~
Sabar la mak oiii..
Iman ni tecik benar ag...
tak puas ag nak bermanja berguling bergelak..
Lambat ag kot..
sakit bersalin menyebabkan beta terpaksa berpkir 10-20 kali utk preggy ag :)
Im not ready yet! >,<





-shower time ^^

-heart both of them so muchhhh!-


*RIMAS!*

Halahai manusia~
Sudah2 la buat kuih talam tu~
Penat den menengoknye!
Cakapnye tak pernah nak jatuh!
Kononye kau la hebat, kau la bagus, job kau la paling bgs, education kau lah paling terbaek!
Tapi antara kami kami disini semuanye diam sahaja mendengarnye..
Bukan apa mls nak melayan!
Kami percaykan saja ckp2 kau yg bertahun-tahun dahulu!
Tapi Allah maha adil at last semuanye terbongkar sekali gus!
Sumpah sungguh tak ku sangka kau berperangai sedemikian rupa...
Segala ckp2 kau tipu belaka!
Apekah motif kau wahai manusia?
Adakah dgn berkelakuan demikian kau rasa megah? hebat? bangga?
Sudah2 laa...
Di zaman kemodenan ini tidak sangka masih ada yg berperangai sedemikian..
Selama ini saya sangka antara kita sentiasa ikhlas bercerita berkongsi pandangan.. JUJUR!
Tapi ternyata jauh meleset rupanye..
Ya Saya TRAUMA! 
Trauma mengakui hakikat kebenaran.
Last thing, selama ini saya tidak pernah amik tahu dan kacau hidup awk..
so please stay away from me!

nota kaki: Saya tidak peduli andai lakonan dan luahan ati awk itu tidak ada menganggu idup saya!
Tp lakonan awk dan tikaman awk itu btul2 merimaskan kehidupan saya yg sedang bahagia selama ini!
Please take note ye!
Renung2kanlah :)






Ramadhan 2012

Dear Readers~
Salam Ramadhan...
Alhamdullilah bertemu lagi saya dan ramadhan pd tahun ni~
Syukur, Ramadhan kali ini lebeh bermakna..
Sbb saya meraikan dan menyambut ramadhan tahun ini bersama insan baru a.k.a My Baby Boy~
Husband + Wifey + Boboi = Sempurna!
Syukur Ya Allah :)

Anyway tahun ni semakin besar tanggugjawab saya..
Last year nak berbuka dimana2 saja asal yg sempat sentiasa boleh~
Tp tidak lg tahun ini huuu~
Baby boi saya sikit sebanyak membataskan pergerakan kaki ku ini~
Oleh itu Ibu haruslah senantiasa trun ke dapor bg menyediakan juadah berbuka~
Tp Alhamdullilah mendapat sokongan moral and feedback dr husband tersyg~
Sudah jemu makan luar katanye :(
gggrrr~ last year alahan preggy + letih dan stress keja menyebabkan saya agak jarang memasak utk berbuka...
tp tidak utk thun ini!
Chaiyok~ Bersemangat :)
* jenuh menyelak2 buku resipi masakan atotoi.. :) *

Ok baru 3 hari berpuasa~
tp mulut ni dah berpuluh2 kali bertanya kan Encek Suami~
B, tema kita tahun ni warna apa ye..
Nak masak apa yer open house nnt~
wahahaha~ semangat kan ai...
Haruslah bersemangat... First time beraya bersama buah hati beta a.k.a my boboi :)


Eh eh sudah mawu berbuka~
Yuk kita ke meja mkn~
Anyway selamat berbuka to all muslim :)