Showing posts with label ~Life~. Show all posts
Showing posts with label ~Life~. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

Anak Syurga~ Nur Iman Qaisara

Alhamdullilah, 9 bulan yang lepas kami menerima berita gembira. Me and husband bakal menerima orang baru dan Iman bakal mendapat adik. 
Perasaan saya ketika itu? Blank! Hahah~ Frankly speaking rasa mcm tak ready. But husband keep pujuk me and told me, everything will be ok. Anak adalah rezeki dari Allah s.w.t and we should happy! InshaAllah :)

Yes. It’s true. Anak kedua saya mmg tidak banyak ragam. Kesibukan dioffice terkadang menyebabkan saya rasa.. Oh myyyy~ Dah 9 bulan.. Eh eh, nak kena apply cuti dah.. Eh eh.. Dis week last kerja >,<

Ya Rabbi! Masa! How fast time flies. Summore during monthly check up baby progress and my condition alhamdullilah memang sangat baik. Second pregnancy journey mmg sangat lancar. Alhamdullilah Allah! Syukur sesangat. 

EDD sepatutnya 20th Dec 2015. But after all, eh eh.. tak de tanda. Eh eh dah delay. Eh eh nape tak sakit ni. Till last check up on 14th Dec 2015, doc dah cakap since baby progress and mom condition good, so they give us extra 1 week untuk biarkan normal pain tu datang sendiri. 


26th Dec 2015- Saturday
Ok now dah delay for 6 days. Sob sob sob. Tanda masih tiada.. Sakit sudah ada but not regular.
Then no choice, i have to admit. Ok sedih, pilu, gembira, nervous semua ada. Ya Allah! Paling berat rasa nak tinggalkan si jantung hati baby boy saya. And nervous memikirkan bagaimana penerimaan si abang bila tengok anak syurga baru saya nnt.

Husband? As cool as before. Before admitted, we go for lunch and dating for a while. Iman dah selamat diserahkan dalam jagaan baby sitter. My husband try to pujuk me. As usual he never failed. Heheh. Sempat lagi menunaikan hasrat Ibu Buyong nak minum air kelapa original and we got it. Puas! Sorang sebiji (^_^)

Arround 2.30pm husband g register for admission. Haish! Berat hati. But deep in my heart risau juga pd baby dalam kandungan. So redha je la.. I need to think for this little girl too. As normal, doc and nurse mulakan check up mom and baby. Till to this date, still no sign for labour. Doc pon mulakan tazkirah for me and husband. They will induce me on 27th untuk force to labour and worst to worst situation, masih tak deliver maka terpaksa go for C-Sec. Ya Allah! Itulah benda yang paling boleh saya nak elakkan. Reason doc, they don’t want to take risk untuk baby condition. Sob sob sob. Fikiran mula kacau. Macam2 perasaan muncul. Husband disisi mmg tak pernah give up untuk berikan sokongan moral. Good supporter! He keep remind me and give positive word. We all positive yang saya akan deliver secara normal. YAKIN! Kuasa minda gitu heheh. He teman me sampai kemalam and we still got chance to having dinner together. Hahaha mengada kan >,< Bila lagi nak manja dan mengada-ngada mcm ni. Time preggy lah boleh ngengada lebih2kan kui3... Around 10.30pm saya dah suruh dia balik rest. Nampak husband pon dah tired. Zap! 12am doc datang check. Eh bukan dah 2cm ni. Tak lama dah ni. Kih! Positif benar doc ni heheh. InshaAllah doc. Saya yakin deliver esok. Ok! Tidolah dihospital sambil terkenangkan si Iman Syahmi. Syahduuuu~ Sungguh tak pernah sehari pon tido malam saya tanpa Iman Syahmi. Mmg terasa yang hamaaat oiii! Iman pon sayu and sedih je kata si Baby sitter. Ya Allah lagilah saya sedih (T__T) berjurai air mata jgn dicakap la. Then usap perut pujuk adik.. Adik cepat keluar eh.. Jom cepat2 kita boleh balik umah.. Sian Abang :(. Then 4am! Eh sakit, eh sakit makin kerap. Ah sudah. Ok Cool down. Tak yah gtau nurse lagi. But they can sense me sakit i think haha. Around 5am diorang mai check for contraction. Yes! Sudah tanda nak deliver. 5am saya dah bangun g mandi. Bersihkan diri. Sebab dah tau masa dah makin dekat and around 6am doc datang buat VE. Ok ready g breakfast siap2 around 7.30 kami akan tolak masuk labour room kata doc. Jalan dah buka 4cm. Alhamdullilah! I’m excited!

27th Dec 2015- Sunday
Perancangan Allah itu sangat indah. No induce! Yeay... Syukur. Pukul 6am dah col husband ckap nak masuk labour room. Suruh dia bangun dan standby. Sempat minum air selusuh, amik kurma dan breakfast nasi goreng before nak masuk LR. Simpan tenaga ooii kih3. Setelah berhempas pulas selama 4 jam maka akhirnya lahirlah puteri kesayangan kami tepat 12.01pm. Syukur lagi kali kedua, no epidural for this time and syukur lagi kali ketiga mom and baby sihat dan selamat :) Setinggi kesyukuran dipanjatkan. Tak terucap kata-kata waktu bidan letak kan little girl atas dada saya sejurus selepas dia lahir. Skin to skin contact selama 1 hour. Allah sayu! Lahir dah anak syurga Ibu :). Settel dibersihkan maka little girl di handoverkan pada husband untuk diiqamatkan. Senyum je husband. Me? Mmg zero energy. Sungguh detik nak keluarkan little girl kali ni agak lambat jika nak dibandingkan dengan si Abang. Berapa kali push pon tak juga keluar.. Tempoh sakit saya mungkin sekejap kalau nak dibandingkan dengan si abang tp saat nak lahirkan little girl, Ya rabbi tak terucap sakitnya hahah! Ngeri. However semua dah selamat kan :)


Little girl since dari dalam janin sehingga la sekarang mmg tak banyak ragam. Sangat memudahkan Ibu. Terima Kasih Allah, Terima Kasih anak syurga Ibu. Semoga Anak Syurga Ibu Nur Iman Qaisara membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh . Thanks to my husband too, never ever tired untuk melayan kerenah saya, since preggy anak first sampai la sekarang. Im glad to have u as my husband.  


Nur Iman Qaisara binti Mohamad Syaril
3.07kg
55cm
12.01pm
27 Dec 2015


Tuesday, 16 September 2014

Syukur Itu LUAS Maknanya :)


Esok Sudah Mula bekerja~
Jujur jauh disudut hati masih mahu berehat dan bercuti dirumah.
Ditambah lagi dengan keadaan anak teruna yang masih tidak berapa sihat (T___T)

Tapi itu adalah kerja saya, punca rezeki saya.. Maka tidak wajar utk saya bermalas-malasan dan memberi alasan =.=


Bila berhadapan dengan situasi macam ini, saya akan cuba pujuk diri utk berfikiran sepositif mungkin.

Atleast kau ada kerja, ramai lagi diluar sana yang mencari kerja. Jadi harus berSYUKUR :)

Syukur Syukur Syukur.
Sudahkah anda bersyukur hari ini?

Syukur itu besar maknanye :)





#syukur saya diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t utk menjadi ibu kepada budak hensem ini >,<





#syukur saya dianugerahkan keluarga yang sempurna dan penuh mawaddah. Suami yang perfect! Anak yang sihat dan cerdas :)




#syukur saya diberikan kesihatan yang baik, utk terus berbakti kepada keluarga, teman dan masyarakat :)

Jika mahu disenaraikan rasa SYUKUR ini tak terkira gamaknya..

Oleh itu rajin-rajinlah bersyukur.

Besar nikmatnye bersyukur.
Atleast memberikan kita erti dan rasa "CUKUP" dengan apa yg diperolehi
Syukur juga memberi dan mengajar kita utk sentiasa berfikiran positif.

Tipulah kalau saya tidak pernah bersedih dan kecewa.
Tapi saya RESET minda dengan kembali BERSYUKUR.

Ujian Allah s.w.t juga patut disyukuri.
Itu tanda SAYANG DIA kepada kita.
Supaya kita kembali meletakan dahi di sejadah dan terus berdoa kepadaNYA memohon pertunjuk dan pertolongan.


Jadi, ayuh senaraikan seberapa banyak perkara yang patut anda syukuri hari ini sebelum menutup mata utk beradu :)

Selamat Malam Readers!

xoxo
~ibu iman~





Monday, 1 September 2014

Short GateAway!

Assalammualaikum,
Hye Hye Hye semua :)

Wah Tajuk kemain!
Short Gateaway la sangat heheh..

Tak de maknanye la hai >,<
Sempena cuti bulan kemerdekaan ni..
Saja amik kesempatan MEMERDEKAKAN diri dan MINDA dari segala urusan duniawi buat seketika >,<

Spent time with loved ONES di Pantai Tanjung Asam.
Wah kemain anak teruna saya..
Bukan nye lari takutkan OMBAK
Tapi Ombak yang dikejarnye..
Lagi mahu kedepan kedepan dan kedepan!

Tak takut dalam ke sayang oii heh.
Ibu Papa nak feeling bercanda dipersisiran pantai pon tak bg chance hahah!
kemain laju ditarik tangan papa nye utk berkubang dalam laut tu heh!

Enjoy!
I love this momment.
Tak terkata bahagia melihat gelak tawa anak dan suami.
Undefine kebahagian yang tak terucap dek kata-kata.
Alhamdullilah.
Terimakasih Allah s.w.t diatas anugerah terhebat ini.

Moh saya belanja gambar hari ni :)



#run baby run#

#mommy come here lets join us pleasee >,< #

#throwback 1 Sept 14 - 3am ceq lapaq roti canai chesee..#


The best Man ever in My Life :)
Cakap jela pukul brapa pon..
Awak saya Lapaq, pregnant ke tidak.. Layanan masih TIP TOP!

Okes! Jom. Nak makan apa?

Oh my! Melting dakk hehehe!

okok~ Sikit cukup puji En. S satg dia baca terlebih kembang pulaks.

Anyway have a nice weekend peeps!

xoxo
-Ibu Iman-





Sunday, 9 February 2014

Belajar untuk bersyukur

Assalammualikum~

Selamat Petang :)

Petang2 macam ni terdetik hati nak menulis pulak heheh..
Bersyukur~

Jom kita discuss mengenai kisah bersyukur ni ^^

Alhamdullilah kehidupan seharian saya kini banyak berubah..
Tak keterlaluan kalau saya katakan anak itu pemberi rezeki~
Hadirnye Iman Syahmi sejak dari dalam kandungan lagi telah membawakan 1001 perubahan dalam hidup saya dan suami~

Anak adalah greatest gift from Allah s.w.t
Sungguh saya amat terkilan kalau ada pasangan muda yang tak sedia nak preggy lagi dengan alasan tak boleh nak adapt dengan kelahiran simanja nnt! Then what for yang uols married rite??
Anak itu pembawa rezeki ok! thats it!

Setiap insan yang lahir didunia ini punya sesuatu utk disyukuri~
Tipu lah kalau dalam kehidupan anda tiada apa yg perlu disyukuri kan~


Ayuh banyak kan bersyukur walaupon terdapat 1001 halangan yang harus ditempuhi

Konsep bersyukur itu banyak~

Jom kita tengok yang mudah2

1. Alhamdullilah bersyukur ada kwn sekerja belanja lunch~
2. Alhamdullilah bersyukur diri kita terselamat dari dilanggar kereta~
3. Alhamdullilah bersyukur mak/ayah kita dah selamat menjalani operation~
4. Alhamdullilah bersyukur kita punyai keluarga dan kwn2 yang amat memahami dan saling melengkapi~

Mudahkan utk bersyukur~
Then tak lupa juga utk bersyukur ketika dalam kesusahan~
Jika Allah tak timpakan malapetakan adakah kita akn kembali memohon bantua dan petunjuk dari Illahi??
Harus bersyukur selalu kerana rahmat dan hidayah Allah itu meluas :)


Sejak menjadi leader kepada anak cucu Healthy and Wealthy Empire banyak benda yang saya pelajari~
Setiap manusia tidak terlepas dari diduga..
namun cara kita menghadapi dan menyelesaikan masalah yang akan memberikan kesan yang berbeza~

Ayuh jangan jatuh dan tersungkur terus jika diduga!
Muhasabahkan diri dan bangun semula~
Sesungguhnye Allah s.w.t sangat menyayangi kita...

Kita tak kan diduga melebihi keupayaan kita,
bersangka baiklah selalu dan banyak kan bersyukur :)






#hidup utk terus memberi #
#the more you give the more you get #

Nurul Nadia
a.k.a Ibu Iman

Friday, 27 December 2013

Susur Galur~ JUTAWAN!

Assalammualaikum Readers~

Syukur Ya Allah~ Saya masih bernafas dan diberi peluang menikmati hidup yang penuh warna warni~
Apa yg nak dicelotehkan hari ni~

okok~ Saya mahu bercerita mengenai susur galur~
Allahu! Alhamdullilah~ setahun yang lepas setiap hari saya berdoa semoga ditemukan dengan satu biz utk buat side income~ sedia maklum kos kehidupan masa kini terkadang kesempitan hidup turut terasa~

Bermula dengan SET B breastfeeding~ Tetiba eh eh terjatuh hati pulak nak join buat biz Shaklee~ :)
Seriously at first tak tawu pon yg biz ni MLM hahah! dasat tak >,<

Fokus hanya utk menjana side income.. KENAPA? sbb saya dah rasa kehebatan SHAKLEE!
Sungguh mmg terasa perbezaan BEFORE and AFTER and niat awal hanya ingin berkongsi kebaikan dengan saudara mara and kengkawan~

Syukur bulan pertama saja saya dah boleh rasa bonus 3angka~ SubhanaAllah~ Jadilah kan siapa nak bg RM 5++ :)

It keeps grow bergantung kepada usaha anda ~ semakin banyak anda memberi semakin besar pulangan anda~

Alhamdullilah~ dis month saya mahu dapatkan BONUS dengan 4 angka~ Sama dengan jumlah gaji hakiki saya sekarang ~ InshaAllah semakin hampiri TARGET :)

Anak2 biz semakin aktif mengorak langkah~ Tahniah "anak" mommy sekelian! Master to Be ok !

But~ Sebelum nak join mana2 group make sure kita yakin dengan LEADER tersebut~
Kenapa? Ya Rabbi.. Latelely ni banyak sgt terima PM entah dari susur galur yang mana mohon diberi tunjuk ajar.. aduhai kesian~ langsung tidak diberikan penjelasan dan bimbingan! TERKONTANG KANTING!

Maaf ye~ Special Guide saya hanya utk susur GALUR saya SAHAJA either Sideline or UPLINE~
Kenapa?? Sbb masing2 tak sama cr penyampaian and bimbingan~ Summore LEADER anda juga mendapat bonus LEADER ship dr SHAKLEE maka itu adalah tanggungjawabnye utk membimbing dan make over anda sehingga berjaya~ Kejar upline or leader memasing ye >,<

Sama juga kes dengan siPENJUAL and siPEMBELI~ banyak sgt terjadi kejadia touch n go saja!
Tiada bimbingan dan cara makan mahupon pantang larang yang diberikan kepada siCUSTOMER!
Ini mg worst!

Bukan sekali dua trima PM!
"Kak tolong ajar saya cr mkn boleh?"
"Kak saya dah bli supplement SHAKLEE tapi tak siapa ajar bila nak mkn"

Pengsan saya bila trima PM mcm ni~
Bkn sekali dua.. TAPI banyak KALI!

Saya tak tahu head and tail so story jadi penjang berjela nak kena tnya why you buy dis supplement, for what purpose, do you have any allergy and ect..

Pleaseee setiap customer Shaklee berhak mendapat consultation dari siPENJUAL..
so jangan silap cr orang ye~

Saya bg contoh~ Anda beli nasi kedai A then minta resipi dari Kedai B mmg tak patut la kan :)

Conclusion~ Jadilah pengguna yang bijak ^^

Nak cuba cr side Income :)
Jom PM saya~

__________
Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581 
COD- Pulau Pinang

Tuesday, 26 November 2013

Bersyukur~ Bersyukur~ Bersyukur~ Walaupon Pahit!

Assalamulaikum Semua~

Tonite nak share kesah teladan yang telah berlaku keatas diri saya sendiri~
Sumpah memang terdetik hati~ Sayu melihat kesusahan dan kepayahan insan2 len~
Sesungguhnya Aku Sangat BerSyukur diatas Rahmat Kurnian Mu YaALLAH~

Alkisah bermula time weekend baru-baru ni~
Dapat Order Shaklee utk Cash ON delivery dikawasan rumah saya~

Ok~ Siap2 nak kuar jumpa customer yeaay! Saya memang suka utk berjumpa dan berkenal-kenalan dengan orang2 baru :)

Setiba dikawasan yang dijanjii kan Zaasss~ Terdetik hati tengok rumah kakak ni~
Its ok! Think Positif :)

Sesi suai kenal bermula~
Sesi memperkenalkan diri dan product Shaklee berlangsung dengan lancar~

Communication 2 ways berlaku dengan rancak~
Untill satu saat tu Kakak-Kakak tu mula berkongsi mengenai masalah kesihatan~ Reason mereka amik Shaklee dan kepayahan Hidup yang dialami~

OK terduduk seketika~ Bila mata yang tadi hanya mampu melihat kehidupan mereka yang serba kekurangan~
Kini telinga Pulak sudah mendengar dan mengesahkan segala persepsi yang bermain diminda~

# Kes 1: Berminat nak mencuba disebabkan masalah kesuburan yang dihadapi~ Stress keluarga,sahabat handai dan jiran tertangga asek bertanyakan mengenai Zuriat!



Tipulah kalau saya katakan semua yang dah berkahwin tidak ingin memegang zuriat sendiri kan~
Tapi rezeki bukan ditangan kita~ Semuanye diatur oleh Maha ESA~

Saya tidak pernah menjanjikan product SHAKLEE penyebab anda HAMIL~ Tapi product kami membantu meningkatkan kesuburan dan potensi kehamilan~
Buat masa sekarang Alhamdullilah~ memang ramai yang telah berjaya bersama saya~ SYukur diatas kurnian Mu Ya Allah

Bila dengar keluh kesah kakak ni saya insaf seketika~ Saya punyai keluarga Bahagia~ Saya punyai Anak yang Comel Sihat dan sempurna :)

Terimakasih Allah diatas Anugerah Terindah ini~


# Kes 2: Kakak yang sorang lagi pulak mempunyai masalah kesihatan batu karang dan hati serta berat badan ~

Sayu hati bila mengetahui kedaifan hidup mereka~ 5 beranak naek moto bersama2 disebabkan ketiadaan kereta~

Selepas 3 hari bersalin Si Suami terpaksa bawa isteri yang masih dalam pantang dengan motor ke hospital kerana masalah bengkak susu~ Anak-anak terpaksa ditinggalkan dirumah~ Dan waktu kejadian adalah pada pukul 1am!! Ya Allah sayu sangat2~ Si Ibu tidak berupaya menyusukan anak sendiri!



Ya Allah Aku bersyukur kerana masih mampu menyusukan Iman dengan SUSU IBU sehingga ke Saat ini~
Kekecewaan jelas terserlah diwajah kakak tersebut :(


Kenapa mereka pilih Shaklee?
Sebab it is affordable~
Sometimes suppelement kami boleh tahan sehingga 4-6 month!
It worth!

Bagi mereka yang kurang berkemampuan kita akan sarankan ikut bagdet mereka~
Hasil mungkin agak perlahan disebabkan supplement yang diambil terhad dan tidak cukup KUOTA~ but its work!


This is the reason saya suka dengan BIZ SHAKLEE~ ShakleeMakeUsBetter~
Learn from a lot of things~

Bottom Line here~ Kita semua harus bersyukur dengan apa yang ada~ Percayalah kalau kita rasa kita susah.. Diluar sana lagi ramai yang susah~ Bersyukur walau pahit mahupun manis~

#proses mendidik hati :)


With LoVE~
Ibu Iman

Saturday, 9 November 2013

✔✔DREAM BIG! AIM BIG









Hai Hai Hai Readers :)

SOHO~
WAHM~

Did u know it is stand for what?


SOHO → SMALL OFFICE HOME OFFICE
WAHM → WORK AT HOME MOTHER

I want to be Full Time House Wife!
Yes! Itu azam saya :)

Tapi tak mau la dok rumah tanpa income yang masuk kan~
Selera nak membeli besar menggunung jadi haruslah ada income yang wajib masuk setiap bulan ^^

Insha Allah saya sedang berusaha kearah itu~

Saya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga kami~
Saya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak kami~

Makan pakai kebajikan mereka dijaga sepenuhnye oleh saya!
Ya itu azam saya :)


Dream Big Aim Big~ Insha Allah Aja Aja Fighting ~

Jika anda mahukan perubahan~ Ayuh lakukanye sekarang!
Bukan ESOK Bukan LUSA Bukan Nanti~
Tapi SEKARANG!

Berubah kearah cara hidup yang lebih baek dan memberikan kebahagian yang INFINITI kepada keluarga tersayang itulah kepuasan saya~

Semoga Allah memberkati nye~ AMIN ya Rabbal A'lamin~




Ini adalah SOHO impian saya :)



Saya tak mahu terlepas menyaksikan fasa tumbesaran putera hati saya~

Setiap masa setiap saat setiap detik merupakan PRECIOUS time bagi saya~



Insha Allah bersama SHAKLEE saya yakin mampu mengapai Impian Melangit itu >,<

For time being saya sangat bersyukur dikurniakan rezeki "BONUS" setiap bulan dari SHAKLEE~
Ya Allah terima Kasih Allah temukan saya dan SHAKLEE~

Disitu telah terasa perubahan~ Kami tidak lagi terasa sesak disetiap hujung bulan~
Syukur!

Modal bermula hanya dari register ahli sebanyak rm65~ tapi kini telah membuahkan hasil yang lebih dari itu~
Alhamdullilah!

Jika anda ingin merubah impian anda bersama SHAKLEE~
Do PM me now!
Saya akan bantu anda mencapai impian anda~

Ayuh berjaya bersama2 saya ^^

Tanpa keberanian mimpi tidak akan jadi nyata!
Beranikan diri utk BERUBAH! AYUH kita !!





Detail~
SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581 
COD- Pulau Pinang

Thursday, 7 November 2013

♡♥ The Power of SOLAT DHUHA♡♥



Bismiilahirahmanirahim~

I believed most of us tahu apa itu solat dhuha rite?
But did we perform solat dhuha?
MashaAllah~ A lot of advantage for person yang istiqamah dalam melakukan solat Dhuha~

Hasil Pencarian dgn Encik Google~
Malam ni saya nak sharekan kehebatan Solat Dhuha~
Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua ♡♥ 




Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?


SubhanaAllah~
Saya sendiri turut terasa kesan daripada Solat Dhuha~
ketenangan yang tak terungkap dengan kata ( T____T)
Sayang sekalian~ Jom kita amalkan solat dhuha~ 
Hanya 2 rakaat sahaja diwaktu pagi~ Besar dan hebat fadhilat dan kesannye dalam kehidupan kita :)

Dapat disimpulkan disini Solat Dhuha adalah kunci rezeki, kunci keberkatan dan kunci kebahagian dalam kehidupan kita.

"KUNCI" yang ptt dimiliki bagi setiap muslimin dan muslimat ^^ 
Selamat Beramal~


Thursday, 24 October 2013

SET- SET for SUPPLEMENT SHAKLEE

Assalamualaikum semua :)

Anda tercari2 set yang sesuai dengan keperluan anda ?

Disini saya senaraikan Set Mengikut Kehendak dan keperluan anda~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Jom baca kombinasi Set Mengikut Keperluan Anda:

Set Kesihatan Optimumum
1.Vita-Lea
2.B-Complex
3.Vita C

Set A. Ibu Menyusu:
1.Vita-Lea
2.B-Complex
3.Vita C
4.Alfafa

Set B. Ibu Menyusu:
1.Vita-Lea
2.B-Complex
3.Vita C
4.Alfafa
5.ESP
6.OsteMatrix

Set C. Ibu Menyusu:
1.Vita-Lea
2.B-Complex
3.Vita C
4.Alfafa
5.ESP
6.OsteMatrix
7.Lecithin

Set D.Berpantang/Pembedahan:
1.Vita-Lea
2.B-Complex
3.Vita C
4.Zink Complex

Set E.Kecantikan Kulit:
1.Vita E
2.B Complex
3.Vita C
4.GLA Complex

Set F.Resdung, Asma, Alergi dan Ekzema:
1.B Compex
2.Vita C
3.Alfafa
Set G.Ibu Mengandung (Trimester 1)
1.Vita Lea
2.B Complex
3.Vita C
4.OsteMatrix

Set H.Ibu Mengandung (Trimester 2)
1.Vita Lea
2.B Complex
3.Vita C
4.OsteMatrix
5.Omega Guard

















Detail~
SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581
COD- Pulau Pinang

Wednesday, 1 May 2013

Unplanned Vacation :)





Location: Pangkor Island
Date: Saturday 6 April 2013 ( 2 days 1 Night)

Unplanned Vacation Phewww~

Berkurun mawu update entry ni :)
Busy bebenor~ Kalau tak tido sikecik ni mimpi laa eden nak hupdate Blog bagai~ Laju je mencecet datang ^^

Anyway Last month we had spent a good time together with love dekat Pangkor Island~
Siyesss mmg unplanned punya holiday hik3..

Niat hati nak ronda2 je.. Eh eh tetiba laju plak Incik Somi ajak tido sana~
mmg otak seminit betul :)
Padahal mlm sblm nak gerak dah berbuih mulut dok bertanya.. we need to bring any baju spare shower things or not? Confident TAK PAYAH! Ok fine gggrrr~

Last minute plan nak tido sana plak~ mawu nye I tak pot pet bising nak cr baju bagai heee~
But we really enjoy at that time :)

Si kecik mmg super duper eksaited! First time kita bg dia swim dekat pool mmg tak mawunye dia nak kuar hik3

Then bawa plak dia melihat laut yang luas terbentang~ wow weeee menjerit kawan hahaha!
You make my day sayang!
IBU PAPA LOVE U SO MUCH!!

Dekat Pangkor we stay at Puteri Bayu Beach Resort~
Not Bad~ Agak best juga hotel dia :)
But the best thing is dia punya food mmg super delicious~
Mls nak kuar so we had breakfast dlm hotel.. Phewww nasi lemak dia mmg thumbs up weiiii!!

Balik rumah sampai ke hari ni terkenang nasi lemak dia yg sodap tu :)
Eh eh eh feeling mcm pegi honeymun pulopp~
Place dia mmg sgt aman damai ~ PEACEFUL!!

So next trip kita plan g Langkawi plak yee~ Jom yukkk :)







Monday, 23 July 2012

Ramadhan 2012

Dear Readers~
Salam Ramadhan...
Alhamdullilah bertemu lagi saya dan ramadhan pd tahun ni~
Syukur, Ramadhan kali ini lebeh bermakna..
Sbb saya meraikan dan menyambut ramadhan tahun ini bersama insan baru a.k.a My Baby Boy~
Husband + Wifey + Boboi = Sempurna!
Syukur Ya Allah :)

Anyway tahun ni semakin besar tanggugjawab saya..
Last year nak berbuka dimana2 saja asal yg sempat sentiasa boleh~
Tp tidak lg tahun ini huuu~
Baby boi saya sikit sebanyak membataskan pergerakan kaki ku ini~
Oleh itu Ibu haruslah senantiasa trun ke dapor bg menyediakan juadah berbuka~
Tp Alhamdullilah mendapat sokongan moral and feedback dr husband tersyg~
Sudah jemu makan luar katanye :(
gggrrr~ last year alahan preggy + letih dan stress keja menyebabkan saya agak jarang memasak utk berbuka...
tp tidak utk thun ini!
Chaiyok~ Bersemangat :)
* jenuh menyelak2 buku resipi masakan atotoi.. :) *

Ok baru 3 hari berpuasa~
tp mulut ni dah berpuluh2 kali bertanya kan Encek Suami~
B, tema kita tahun ni warna apa ye..
Nak masak apa yer open house nnt~
wahahaha~ semangat kan ai...
Haruslah bersemangat... First time beraya bersama buah hati beta a.k.a my boboi :)


Eh eh sudah mawu berbuka~
Yuk kita ke meja mkn~
Anyway selamat berbuka to all muslim :)


Thursday, 2 February 2012

-Muhammad Iman Syahmi b. Mohamad Syaril-

Petang Jumaat yg mendung~
Suasana yg aman damai~
so ari ni ibu iman nak update mengenai proses kelahiran anak ibu yg hensem ni hee :)

Ceritera sebelum, sewaktu dan selepas kelahiran Muhammad Iman Syahmi :)

1. 10 Jan 12: weekly check up~ doc sudah dpt merasakan contraction dan laluan utk deliver 1cm sudah buka
    Doc keluarkan notice utk bercuti awl and admit msk hosp~
    patient aka Ibu Iman refuse! please no sign to deliver so far doc!~ :(

2. 17 Jan 12: diarrhea + fever + cough+ flu yg sudah berlarutan selama dua hari berturut2~ weekly check up di klinik kesihatan~ doc msk kan air and wanna send me directly to the maternity hospital (MH). Keadaan da sgt tak berdaya ketika itu~ that time masih lg gigih drive sorang2 g check up huk3.. berusaha tak mawu menyusahkan hubby wuu~ and still berdegil mawu pulang kerumah dulu! tak mo nek ambulans hahaha~
sgup tgu hubby balik keja and anto g MH. Doc Cina yg ensem itu sgt la mengambil berat~ msih terbyg2 sifat beliau yg sgt mengambil berat itu kih3.
->5.30pm hubby siap2 amik brg2 baby and ibu trus send g MH huk3~
before admit masih sempat singgah mkn nasi kandar and roti canai chesee yeayyy together with MIL and FIL! thanks hubby :)
->9.00pm sign utk deliver da turun.. darah da trun sikit2.. huk3.. perut memulas2 sepanjang mlm SAKIT huwaa :(

3. 19 Jan 12: 6.00pm, that time sbb tak thn sgt sakit memulas2 doc dtg periksa bukaan laluan~ 5cm!
 straightly trus tolak msk labour room~ 6 kali cubaan nak msk kan jarum ditangan beta ini gagal! shit sakit okeh! mcm mana diowang bleh main pusing2 je jarum tu nak tusuk bg msk dlm urt gggrrr~ angin seketika dekat doc pelatih tersebut huarghh :(
w/out check bukaan laluan trus diowang msk kan itu ini dlm bdn beta~ dan tetibaaaaa.....
nurse: cant doc laluan br 2 cm! mana leh bersalin ag ni, kena tgu ag la doc! Ya Allah!!!! geram nyee~ aku da sakit setengah mati korang godek2 seluk sana sini then jd mcm ni!
then tolak msk balik dlm wad dgn tgn bdn abis sakit sana sini~ waktu tu mmg da berjurai2 air mata.. sedeh sakit geram marah sume ada huk3.. mcm mana kalian wat keja ni.. kenapa terlalu bnyk percanggahan!!
dan mlm tu juga la ada dua doc laki dtg minta maaf ats semua kejadian td! Sejuk seketika :)

4. 20 Jan 12: ramai sudah yg dtg melawat~ my mom tak abes2 suruh sbr and urut sana sini~ reda seketika sakit yg ditanggung! contraction 5 minit skali tp laluan msih 3cm mawu tak gila aku memusing sana sini~ nak tdo tak boleh.. nak baring tak selesa.. nak jln sakit.. at last berjurai2 air mata ats ktil sorang2 huk3.. *malu ttp muka dgn bantal rapat2 kui3* tp sepnjg saya tgl disana.. mmg tak dpt dinafikan nurse2 di MH mmg la sgt baek..
sentiasa ada disisi saya membantu dan memberi sokongan moral :)

5. 21 Jan 12: saat ini keadaan saya da tak menentu~ suhu bdn naek mendadak.. BP trun naek.. kdg2 tinggi sgt and kdg2 rendah sgt! doc da smakin risau.. jantung baby sentiasa dipantau.. air ketuban da trun sedikit demi sedikit~
10pm: doc tak mawu tgu lg.. i have push to deliver my baby by tonite.. trus col hubby and suruh dia dtg MH mlm tu juga wuuu~
10pm -4am: 6 hours berpusing2 mcm cacing kepanasan~ sakit memulas2.. air ketuban da pecah semuanye
dengan bdn yg panas.. BP tak menentu.. perut kosong~ b4 msk labour room saya hanya sempat jamah 2 biji kurma saja..  jenuh mereka lap bdn saya supaya temperature dpt diturunkan~ owh kalian mmg sgt baek!
sebotol juga air mineral saya teguk! dahaga yg teramat sgt ketika itu.. merekalah yg menyuapkan air kemulut saya.. tgn kiri kanan berselirat wayar2.. perut dan belakang bdn pon tdak terlepas.. tp yg peliknye.. sakit dimsk kan jarum di tulang belakang tidak dpt menandingi sakit nak bersalin kot ngeee~ betapa seksa nye nak melahirkan sorang insan kemuka bumi ni rupanye..
setelah berhempas pulas akhirnye~ 4.22 am maka lahirlah seorang zuriat hasil dr perkongsian hidup saya dan Mohamad Syaril~ tadaaa~ welkem baby boy!
tidak dpt dinafikan~ sewaktu doc memberi baby yg br dilahirkan itu utk dipeluk saya agak terkjt melihat jantina baby kami.. because waktu scan 80% doc meramal kan baby gurl hee..
anak ibu ni pemalu sgt mcm papa dia tu yg dia sorokan teettt dia eh kih3..
never mind laa.. boy or gurl semuanye saya trima dgn hati terbuka..
tp my hubby la yg pling excited.. because dia mmg sgt2 mawukan baby boy.. akhirnya Allah tunaikan impian si Dia :)

6. 22 and 23 Jan 12: saya masih di tempatkan di labour room utk pemerhatian.. huarggghh~
suhu badan naek menggila.. berapa kali sj saya berpeluang menyusukan Iman.. after that nurse pisahkan Iman dr ibunya wat seketika.. No More BFeed! nurse2 disana la yg menjaga Iman dan ibunya sepanjang mlm~ Doc risau Iman akan trut demam kalu Ibu Bfeed baby huk3.. mereka la yg tukarkan pakain saya, lapkan bdn saya, buatkan Milo panas tukarkan pampers Iman dan sebagainye sepanjang saya didlm pemerhatian mereka.. ini kerana keadaan saya yg btul3 teramat lemah dan tak dibenarkan lgsg utk bgn dr katil.. perasaan malu semuanye ditolak ketepi.. betapa besarnye jasa mereka kepada kami.. Thanks a Lot! hanya Allah yg Mampu membalas jasa kalian..

7. 24 Jan 12: Demam da semakin berkurangan.. BP kembali normal.. no more tekanan darah tinggi.. Giloo tak pernah eden ado darah tinggi tetibanye dpt lak penyakit ni.. gamaknye sakit yg terhamat ketika nak deliver kot yg sebabkan eden boleh dpt penyakit darah tinggi ni haduhaiiii hee~

8. 25 Jan 11: finally setelah 9 ari berkampung di MH~ setelah puas di masukan jarum di ambil darah berbotol2.. akhirnya... yeayyy~ saya da dibenarkan pulang.. hip hip hooray.. lega!!~ syukur :)

Welcome Home My Sweet Baby Boy!

Muhammad Iman Syahmi B. Mohamad Syaril
22 Jan 2012
4.22am

nota kaki I: sayangilah dan hormatilah ibu anda~ sesungguhnye betapa seksa dan azabnye mawu melahirkan kamuu kedunia yg serba mencabar ini.. PERCAYALAH!
nota kaki II: thanks kepada kedua2 phamily diatas sokongan yg telah kalian berikan~
tanpa kalian siapalah saya~ ececeh ayt tak ley blah kui3 ~

Thursday, 16 June 2011

Gigil+KetaQ =No feeling~

Salam readers,
Saya pegi interview hari ni hokey phewwww~
1 and Half hour okeh~
saya kena interview with 3 person serentak mak aih..
for the first time gigil nak mampuih la katakan..
siyes waktu isi form td pon tak pernah saya gigil mcm ni skali..
bukan tak pernah ada experience g interview..
tp tak tawu kenapa kali ni jantung saya berdegup dgn pantasnye pheeew >,<

siyes saya sgt2 ketaq wuu~
Jujur okeh~ truk gilo kena tanya soklan wahahaha..
position laen yang dijangka.. and position laen yg saya dapat.. mmg cekang okeh kih3..
so mmg tak da la nak prepare sgt.. sbb tak sgka diowang nak offer position mcm tu youuu kui3..

Saya ingat saya dpt position QA Engineer but rupa2nye diorang nak offer saya position as Process Engineer hahah~ mmg mcm tak layak kot..
saya sedar diri saya okeh!!~ saya tak da la hbt sgt nak amik dis position huuu~
because position ni mmg mantap + adventerous Hokey!!
diowang bg saya graph utk interprate diowang bg saya product defect..
then diorang bg saya harapan yg saya antara candidate yang ada peluang yg tinggi utk bekerja disana..
but
but
but
but
before diowang end interview tu..
saya sendiri yang bersuara bahawa saya PREGNANT!!
okeh saya mmg jujur wuuu~
even diorang tak tanya tp saya tetap bg tawu wuuu~
and as a result diowang tnya saya plak if sementara keja as Safety enginner izit okeh wahahah~
because Process Engineer diowang risau boleh membahayakan kandungan saya..
sbb saya terpaksa deal dengan chemical and coating process~
satu lagi soklan yg kebabom yg perlu saya jwb pheeww~
what can i said~
during interview saya jrg jwb NO kih3..
so mulut saya ni bagaikan terbiasa sudah maka terkeluar la perkataan YES SURE NO PROBLEM huuu~

but maybe quite difficult for them to hired me..
but its ok atleast I gain new experice today..
So saya percaya dengan Qada' dan Qadar mu Ya Rabbi :)
Sesungguhnya perancangan MU adalah yg terbaek :)

P/s: Before interview wajib khatam semua subject ye kawan2 ku kih3 :)

Friday, 20 May 2011

Hukum Alam =.=

Salam Dan Selamat sejahtera everyones~


Pasti kalian pernah dengar pepatah Inggeris ini~ "What Goes Around Comes Around"
Hukum alam @ Karma ini menyatakan bahawa apa yg telah kita lakukan balasan atau akibatnya akan kembali semula kepada diri sendiri..


I’ve had a lot of ‘small world’ moments recently, which brought me back to an idea utk kembali menulis dan meluahkan isi hati dalam diari yg bisu dan tidak berkata2 ini :)


Seminggu menjadi penggangur terhormat dirumah~ menyebabkan saya kembali aktif melayari laman sesawang~ memerhati masalah dunia~ memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami tersyg *nak jg kih3 :)*
motif: saya kini mempunyai hobi tersendiri~ saya gemar memerhati keadaan sekeliling 
*mungkinkah akibat pengaruh drpd CSI hohoh* oberservation adalah aktiviti yg berfaedah jika kita tawu cr menggunakannya dan memanfaatkan nya :)


okeh2~ tak mau melalut lagi kembali kepada isi utama..
lately ni saya kembali kepada normal rutin~
kembali meluangkan masa bersama keluarga tersayang~
kembali mendengarkan keluh kesah dan luahan perasaan mereka..
agak lama saya tidak dpt berborak panjang bersama my parents.. 


dan disini~ apa yg dapat saya perhatikan bahawa.....
situasi yg saya pernah lihat sewaktu saya berusia 7-8 thn kini kembali semula di ruang legar mata saya..


16 thn yg lalu....

si kecil yg tidak mengerti tentang erti kehidupan sentiasa melihat dan memerhatikan keadaan sekeliling..
si kecil berasa bahagia melihat layan baek seorang ayh kepada atok nye..
si ayh yg sentiasa melayan dgn seikhlas hati seorang tua yg miskin dan tidak punya apa2
si ayh yang sentiasa memberikan sepenuh perhatian dan kasih syg yg tiada tolok banding nye terhadap insan yg digelar AYH mertuanye itu..
si ayh yg berkorban apa sj demi seorg insan yg sudah tua itu~
sggup pulang hanya menaiki motosikal yg usang itu bersama isteri dan anaknye yg msih bayi semata2 ingin melawat insan tua yg sedang uzur itu
air mata menitis melihat pengorbanan seorang ibu dan ayh demi menunaikan tggungjwb mereka sebagai seorang anak~
sggup berpanas berhujan dalam perjalanan yg jauh semata2 ingin melihat insan tua yg sgt disygi nya itu


dan akhirnya.. insan tua itu menghembuskan nafas terakhirnya dipangku si menantu yg sgt disygi nye itu~
menantu yg telah dianggap sbagai anaknye sendiri..
dan sblm insan tua itu menghembuskan nafasnye yg terakhir sempat  beliau menitipkan ucapan terimakasih yg tak terhingga diats apa yg si ayh telah lakukan (T__________T)
kerana...


terkadang anak sendiri pon tak mampu memberikan layanan yg terbaek kpd org tua mereka..


alhamdullilah~ walaupon ayh saya tidak belajar setinggi mana namun beliau mempunyai budi pekerti yg sgt tinggi!! sy bangga menjadi anak beliau~


bru2 ini apabila saya melihat Incik Suami keluar berdua dgn ayh saya.. pegi minum pg bersama2 berborak dan ketawa bersama menyebabkan saya kembali teringat peristiwa lama..
kerana saya pernah melihat peristiwa ini 16 thn yg lalu.. msih terbayang senyuman dan gelak ketawa atok saya bersama ayh.. mereka bertiga berkongsi tabiat yg sama which mean --> diowg WAJIB breakf dan sekepala hee.. kalu tak breakf rasa mcm tak ckup syarat la gamaknye hee~ keserasian? ye saya dpt melihat keserasian itu diantara atok<-->ayah<---->incik suami :)


alhamdullilah saya rasa bersyukur dan terharu kerana saya akhirnya berpeluang memberikan seorang teman dan menantu yg baek kepada ibu bapa saya~
Incik Suami--> You such a great person that I've ever know :) Kamoo mmg terbaek!!


Mungkin ini yg dikatakan hukum karma~ 
jika sblm ini ayh saya merupakan seorang menantu yg sgt baek kepada ibubapa mertuanye
maka kini ayh saya berpeluang merasai kemanisan mempunyai anak menantu yg awesome pula kih3 :)


Thanks Incik Suami~ I lurve U You Ketat2!! >,<


Nota Kaki: The law of karma is the fact that a human being gets back in this world the same things that he has given to the world through his deeds and actions.






Thursday, 3 March 2011

: New Life :


Good Afternoon~
Salam Satu Malaysia~
Before dis~
Kalu g jenjalan kat hypermarket~
Both of us suka berangan-angan~
Sambil tolak troli si dia pon berkata~
"yang t da kwen kita shopping bnyk2 mcm ni gak ye"
dan saya pon membalas
"opkos my dear, sebulan sekali kita angkut brg2 umah kita mcm ni yee kih3"

dan sekarang
sume ini telah menjadi realiti weee~
Last week~
for da first time nye~
Kami Suami Isteri Pergi memborong barang2 keperluan untuk rumah KAMI heee~
Oqeh!~ im truly really hepi dat time heee~
Sblm ni bkn tak pernah beli brg bnyk2 cenggini~
Padahal everymonth selalu je g shopping byk2 ngan phamily~
siap paw segala bagai lg dr my beloved father ahaha~
tp skrg sume itu telah berubah~
Saya ada dia~
Dan sekarang saya pula harus membuat keputusan utk membeli brg2 tersebut~
Sebelum ni~
Sume kuasa membeli ditangan my parents~
Now si dia meletakkan 100% kuasa membeli ditangan saya *sigh*

Tapi tapi tapi~
Saya tetap juga nak hepi =)
Kenapa?
sebab saya nampak dia seperti sudah bersedia utk berumah tangga~
Okeh dia sgt matang dan bijak dlm membuat keputusan~
~oh jatuh chenta lagi kih3~
Thank God for Giving Him in My Life~
Syukran Jazillan Ya ALLAH =)


Lepas dua tiga kali da pusing2
Sedar2 da penuh satu troli kami da borong~
Mai letak jee~
Haa amik kau over bajet hahaha~
Tapi dia tetap juga tak kesah~
Sbb dia kata~
Ini sume brg2 keperluan utk rumah Kami Juga =)
haisssh~ 
Baek kan suami saya kih3~
Nak termuntah? sila pg toilet *mood jiwang seketika* muahaha
sekarang bila sume brg2 keperluan saya  disediakan oleh Incik Suami
baru saya  terasa sgt2 perubahan diri~
Dulu tanggungjawab itu dipikul olah ayah saya~
Tetapi kini telah diamik alih oleh Incik Suami~
Bererti saya harus taat dan menuruti perintah beliau wuuu~
Semoga saya dpt menjadi Isteri Yg mitahli heee
Amin =)



:: I suke shopping~ Tapi my hubby lg gila shopping ggrrr >,< ::

::kdg2 nafsu membeli mengatasi segalanye *sigh* ::


Wednesday, 16 February 2011

*She= Shit*

Ok Fine Saya mmg sgt marah!!~
Im really Mad~
Ini bkn pertama kali dia buat perangai..
but da bnyk kali sgt!~
Kali pertama masih boleh bersbr
tapi kalu da bnyk kali sapa bley thn~ gggrrr
Hey gurl kau ingat kau bgs sgt~
Kau taw tak yg kau ni shit..
No wonder org buang kau
and no wonder org yg baek pon sgup mengelak dr jumpa kau..
sbb kau tu shit..
kau crita kat aku yg si minah ni mulut longkang dan segala bagai..
tp depan baek kemain..
aku rasa kau ni yg mcm longkang..
mulut busuk mcm taik!!~
DAMN!!
hello sudah2 la nak dengki ngan org laen..
sudah2 la nak hati busuk tu...
kau ingat org len tak tawu psl kau..
psl perangai kau!!~
sudah2 la ckp blakang tu..
PENAT DGR weiiiii~

Sunday, 6 February 2011

(T__T)

Sesungguhnya~ Saya  teramat kecewa dengan sikap mereka-mereka yang saya syg~
Sukar sangat ke nak memahami perasaan dan hati insan2 sekeliling kita?
Susah sgt ke untuk kita saling hormat menghormati hak dan pendirian org lain?
Kalau boleh kita sentiasa mawu membahagiakan hati insan2 lain~
Kita mawu bahagia bersama~
Kita mawu susah senang bersama~
Tapi bukan semua begitu kan~
Tak pelah~
Yang penting saya berharap mereka2 yang saya syg~
Seperti my phamily, my gud friends and my beloved hubby~
Bahagia sentiasa~
Yang lain2 itu saya sudah tidak mawu peduli~
Kadang2 manusia selalu terlupa, yang Allah itu maha adil~
Berdiam diri tidak sekali-kali bermaksud kita lemah~
Tetapi dengan berdiam diri keadaan mungkin tidak akan menjadi semakin parah~

Nota Kaki : Saya sudah penat!!~ (T__T)

Wednesday, 26 January 2011

-Pengakuan Berani Mati!!-

CIK A:

Sesungguhnya saya sgt syg kepad kamu~
Even sometime kita pernah berselisih faham~
Tapi pada saya itu semua merupakan rencah asam garam didalam persahabatan kita =)
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita manusia biasa~
Saya mungkin tidak sebaik teman2 kamu yg laen~
Dan Saya juga mungkin tidak hebat dan sesempurna teman2 kamu~
Tetapi jauh disudut hati saya sgt menyayangi kamu sebagai teman sejati saya~
Saya ikhlas berkwan dengan kamu~
Dan segala pertolongan dan jasa-jasa baek kamu selama ini sgt2 saya hargai
Thanks a lot dear~
Dan selepas perpisahan kita nnt~
Saya pasti merindui saat-saat indah kita disini :)
Walaupon Kita masing2 da punyai kehidupan tersendiri
Saya harap kita tetap berkwn smpai bila2 syg =)

PUAN B~

Sis~ U r the best okeh!!~
Even kamu bukan kakak kandung saya~
tapi selepas beberapa tahun perkenalan kita~
saya semakin selesa bersama kamu~
saya tidak berasa segan utk berkongsi masalah mawu pon pendapat bersama kamu~
Kamu sgt jujur dan ikhlas~
Kdg2 kamu kelihatan nerd okeh ahahah~
First time jumpa kamu~
Perkataan pertama yg keluar dr mulut saya ialah "mak aih cantik nye"
Sbb kamu mmg sgt2 cntek~
Tapi even kamu chantek kamu sedikit pon tidak riak dan bongkak!!~
Mmg sgt tabik spring okeh toing2 =)
Semoga Hbgn yg aman damain ini kekal smpai bila2 ye sis :)

En. A:
Perkenalan bermula dibangku sekolah~
Berkekalan sehingga kini~
Kamu merupakan sahabat dan teman terbaek saya~
Walaupon mulut kita suka sgt fire each other~
But kita lgsg tak da hurt feeling kan kan kan kih3~
Kebaikan dan sifat kamu yg terbuka itu sgt menyenangkan saya..
Bukan itu saja~
My Mom juga sgt menyenangi beliau~
Tidak pernah sekali beliau miss utk dtg beraya kerumah saya setiap tahun
Kiranya tetamu tetap la kau ni ahahah~
Tp dis year tak taw laa kita bley berjumpa lagi atau tidak huuuu~ :(
Masih teringat kenangan lalu~
Ada mulut2 longkang yg mengatakan kita punyai hubungan special~
dan telah menyebabkan Incik Suami aka ketika itu adalah Boyfie saya merajuk seketika ahahah~
Agak kusut saya ketika itu heee~
Lantas Kamu mengambil langkah yg bijak dgn menelefon Si Dia dan menerangkan bahawa kita hanyalah sahabat!!~
YA SAHABAT BAEK!!~ =)
Akhirnya Incik Suami juga kini telah menjd sgt akrab dan rapat dgn kamu =)

My Dear Frenz,
Aku doakan semoga perjalan hidup kamu dipermudahkan~
Semoga Kau berjaya sentiasa~
Ingat janji2 kau okeh!!~
dah berjaya jd manager t jgn lupa hadiah aku tu ahahah~
Saksi ketika itu : Incik Suami and MY MOM ahahah~

Nota Kaki:Cukup 3 Dahulu~ next post kita smbg lagi okeh :)