Showing posts with label ~SouL~. Show all posts
Showing posts with label ~SouL~. Show all posts

Friday, 1 August 2014

♥Happy Eid 2014♥


Assalammualaikum
Salam Aidilfitri Semua :)

Alhamdullillah bertemu lagi kita dengan Syawal tahun ini..
Menjelma nya Syawal maka Berakhirlah Ramadhan kita..

Apakah kenangan Ramadhan anda?
Saya?
Sudah semestinya berbeza dengan tahun2 sebelum nya...
Alhamdullilah yang positif kita teruskan
Yang negatif kita tinggalkan :)

Peningkatan Usia Semakin Mematangkan saya...

Persiapan tahun ini sederhana sahaja..
Fokus utama semestinya anak teruna kami

Sesungguh dalam bergembira pasti terselit jua satu dua pengajaran dihari Lebaran
Tahun ini saya disajikan dengan kisah suka duka sahabat dan keluarga
Kisah mereka sedikit sebanyak memberikan impak dan pengajaran kepada saya..
Mengajar saya tentang ERTI BERSYUKUR
Sesungguhnya tidak semua bernasib baik seperti kita...
Jadi anda semua pon harus bersyukur dengan apa yang anda miliki hari ini :)

Okes tak mau cerita sedih2~
Jom telek gambar suka suki kami dihari lebaran..
Anyway Baru sedar Hari Raya Kedua tak de Snap any photo ponnnn
Menikmati sgt nikmat makan la tu heheh 




♥Ibu Iman

♥mommy dah kena tolak duduk belakang ~ Bos besar conquer sit depan (T__T) 




Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin 
Dari kami bertiga - Mr. Syaril, Ms Nurul Nadia, Syaril Junior- 

Saturday, 1 February 2014

My Boy is turning 2 YEARS OLD!! ♥

Alhamdullilah~

Setinggi kesyukuran dipanjantkan kepada Allah S.W.T diatas kurniaan terindah ini.
Alhamdullilah~ 22 Jan 12 Dua Tahun Yang Lalu saya sedang berperang dengan Ajal dan Maut didalam Labour Room demi melahirkan seorang khalifah Allah yang diberi nama MUHAMMAD IMAN SYAHMI :)

Kesakitan yang tidak dapat diungkapkan lenyap begitu saja saat menatap sebujur wajah suci yang sangat comel! :)

2 tahun berlalu dengan sungguh pantas~
Meniarap, menyulur, merangkak, bertatih , berjalan sehinggalah mampu berlari kami didik asuh belai dan berikan sepenuh kasih sayang..
Alhamdullilah sekali lagi.. Iman membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak yang lain..

Tidak seperti tahun lepas.. 
Tahun ini ibu and papa betul2 sibuk sehingga tak sempat nak organizekan sebuah bufday party yang sempurna utk buah hati kami..
Sekadar jamuan ringan dan berkumpul sedara mara demi meraikan hari kelahiran buah hati kami..
Mommy promise next year gonna be the best ever birthday party for you son! :)


I cannot believe you are two already! Two years is a long time and then not really. It is hard to remember how life was without you. But no matter what, it wasn’t this beautiful!
It is unbelievable how much you inspire me every day, and in how many ways. I never felt the need before but now, I want to be perfect. I want to be someone who you could be proud of. I want to be that place in your life where you can always come when you need unconditional love, understanding and warmth.
Every day is special and every moment is precious with you. There are more than hundred reasons to be thankful for this day. Let me count some.





♥ Son!

They Complete Me~
With   
Nurul Nadia_Ibu Iman


Tuesday, 17 December 2013

Lesson Learned


Bismillahirahmanirrahim~
Mulakan dengan mukadimah
NO REGRET JUST LESSON LEARNED

Diam tak diam sudah hampir ke penghujung 2013~
Bagaimana perjalanan hidup anda sepanjang tahun?
Saya harap baek2 sahaja :)

A lot of things happen in my life~
But whatever it is Im still thanking ALLAH SWT for giving me chance to growth, improve and breath untill today~

Anak kesayagan sudah nak menjenggah masuk keangka 2~
Alhamdullilah he growth well!
Thanks Allah for special gift giving to US! Anugerah terindah :)
Eventhough ada peristiwa pahit yg berlaku Oct 2013.. but saya msih bersyukur kerana masih diberikan kesempatan utk memeluk and mencium anak teruna yg comel itu 

Today saya juga sudah ada biz online sendiri Iman Vita Shope
Feel free utk melawat ye~
Alhamdullilah seronok dapat buat side Income~
Atleast saya ada nilah tambah utk diri sendiri~
Sekarang saya dah tak malu utk bercakap dengan strangers..
Cool okeh! >,<

And yang paling utama NIAT!
Niat utama utk bantu phamily and suami~
Itu niat utama saya berBIZ..
Allhamdullilah~ Saya sudah dapat rentak and bonus saya semakin growth setiap bulan :)
Thanks Shaklee~
Carrier~
Oh MY!
Tak pernah mimpi dulu saya akan menjadi seperti hari ini!
SQE! Phew~ Ohsem Job Ok!
Plus i had a full support from my boss!
The best boss ever in da world~
The way she act, thinking, handle an issued really inspired me~

Semoga 2013 menutup tirai dengan 1001 kenangan terindah <3 p="">
countdown 2014 - tik tok tik tok >,<




“The only way that we can live, is if we grow. The only way that we can grow is if we change. The only way that we can change is if we learn. The only way we can learn is if we are exposed. And the only way that we can become exposed is if we throw ourselves out into the open. Do it. Throw yourself.” 
― C. JoyBell C.

Monday, 25 November 2013

Sah ke Solat Kita??

Bismillahirahmanirahim~

Malam ni saya terdetik nak berkongsi kesah mengenai TIANG AGAMA kita as Muslim~
SOLAT! Solat lah kamu seolah-olah ini adalah solat kamu yang terakhir~
Solat ialah TIANG AGAMA~

Sedarkah kita terkadang terdapat beberapa perkara yang terjadi tanpa disedari boleh mengakibatkan batalnye solat~



Jom kita 38 Kesilapan Umum dalam SOLAT~
Terkadang kesilapan yang dilakukan tanpa sedar juga boleh mengakibatkan SOLAT kita tidak sempurna~

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”. 

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja. 

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. 

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. 
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. 

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang." 

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.” 

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." 

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya. 

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu” 

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala. 

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).” 

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah. 

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).




with LovE~
Ibu Iman

Wednesday, 20 November 2013

Hati Seorang Wanita~


Bismillahirahmanirahim~

Wanita insan yang istimewa
Punyai hati yang cekal walaupon mudah rapuh dan bergoyang~

Aku sebagai seorang isteri, ibu dan anak menggalas tangungjawab yang amat berat~
Amanah Allah harus dijaga dengan sempurna..
Tanggungjawab terhadap suami harus diambil peduli..
Kewajipan terhadap ibu bapa tidak boleh diambil mudah..

Terkadang beban kerja~
Tuntutan deadline and workload yang semakin bertambah
Kesibukan dirumah melayan si anak dan sibapa~
Membuatkan aku alpa dan mudah goyang~

Harusnya aku kembali kepada Pencipta Ya-Raballalamin~

Allah~
Tabahkan lah hatiku~
Cekal kan lah hatiku~
Hanya padaMu tempat aku bergantung harap~

Berilah aku peluang membahagiakan insan yang aku sayang~
Berilah peluang utk aku membalas budi baik mereka~

Amin Ya Rabbal a'alamin :)



Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,





with 
Ibu Iman

Thursday, 7 November 2013

♡♥ The Power of SOLAT DHUHA♡♥



Bismiilahirahmanirahim~

I believed most of us tahu apa itu solat dhuha rite?
But did we perform solat dhuha?
MashaAllah~ A lot of advantage for person yang istiqamah dalam melakukan solat Dhuha~

Hasil Pencarian dgn Encik Google~
Malam ni saya nak sharekan kehebatan Solat Dhuha~
Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua ♡♥ 




Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?


SubhanaAllah~
Saya sendiri turut terasa kesan daripada Solat Dhuha~
ketenangan yang tak terungkap dengan kata ( T____T)
Sayang sekalian~ Jom kita amalkan solat dhuha~ 
Hanya 2 rakaat sahaja diwaktu pagi~ Besar dan hebat fadhilat dan kesannye dalam kehidupan kita :)

Dapat disimpulkan disini Solat Dhuha adalah kunci rezeki, kunci keberkatan dan kunci kebahagian dalam kehidupan kita.

"KUNCI" yang ptt dimiliki bagi setiap muslimin dan muslimat ^^ 
Selamat Beramal~


Monday, 16 September 2013

1 tahun 8 bulan












Alhamdulillah~
Sedar tak sedar dah 1 setahun 8 bulan usia buah hati kami~
Penyeri hidup ibu dan papa~

You are my everything baby #nyawa hati kami# :)

Dengan keadaan masa kini, ramai yang beranggapan takut mempunyai anak sendiri.
Kenapa? Anak pembawa rezeki uolss~
Tak dinafikan taraf hidup masa kini yang sanggat tinggi, terkadang kita risau tidak mampu memberikan yang terbaek buat si manja~

Jujur saya akui, diawal kehamilan keadaan kewangan saya dan suami juga tidak begitu stabil..
Hati mula terdetik mampukah aku memberikan yang terbaek buat anakanda kami??
Tapi perancangan Allah maha Hebat!
Rezeki melimpah ruah datang bertalu2~

Daripada Myvi kami bertukar kepada Nissan~
Daripada makan gaji kini saya mempunyai pendapatan sampingan~
Kini saya mampu menghulurkan perbelanjaan setiap bulan kepada ibu dan ayh saya~
Saya mampu membantu menyiapkan persiapan raya keluarga~
Saya mampu membantu meringgan kan beban suami~
Syukur ya Allah~ mmg tidak pernah sempit dan putus rezeki kami~

Dan sesungguhnya.. Saya yakin bahawa rezeki ini datang sekali bersama kehadiran cahaya mata saya~
Muhammad Iman Syahmi :)

Oleh itu bersangka baeklah kalian kepada anugerah terindah ini~

Psst~ Balik kerja hilang segala letih dan stress ditempat keja bila wajah sicomel laju menerpa kearah kita sambil mulut comel tak putus2 panggil mama and papa :)






#wajah kesayangan hamba#

Wednesday, 1 February 2012

Happy 1st Anniversary Love!!~

Hello everyone~
Sudah usang blog terchenta~
Berhabuk bersawang tidak dijengah huk3..
today saya mawu update tentang our first aniversary~
eventhough sudah sebulan berlalu tp ta kesah kan kih3..
Act 24 Dec 2011 cukuplah setahun kami disatukan dlm ikatan pernikahan..
sumpah mmg sgt cepat masa berlalu!!
mcm tak cayo pon ado..
setahun berlalu!~
tipu la kalu tak de perang2 manja ni kan kih3..
tp alhamdullilah berkat restu dr kedua2 phamily kami bahagia smpai ke hari ini
semoga kebahagiaan ini kekal keakhir hayat..

24/12/2011
Save the date~ tettt~
malam sblm nye Incik Suami sudah booking saya utk date 24 and 25 Dec~
no more activity with phamily or frenz..
hanya masa utk kami berdua ececeh kih3..
around 4pm Incik Suami da bising2 suruh saya ciap chantek2..
aduhai sunggguh laa~
keadaan yg da boyot sgt time tu..
dengan alahan yg teramat truk..
mmg mls saya nak bersiap kuar..
tp melihatkan ke-excited-an Incik Suami
maka saya pon gagah kan diri bersiap sekadar yg mampu~
kebetulan 24/12 jatuh pd hari Sabtu dan mlm sambutan christmas~
aduhai jem jgn nak ckp la..
lenguh habis pingang2 eden :(
Jenuh Incik Suami minta I bersabor kejap huk3..
Jauh benar rasanye..

At first tertanya2 juga~
kemana la hala tuju kami ni aisshh~
jenuh dok tnya~ 
mcm2 alasan tak munasabah dia bg..
mcm nak ketuk2 jee haiip~

taa daa~ akhirnya smpai juga tempat dituju~
Muka saya time tu mmg terkejt gak lee~
mcm mana la dia bley terlintas nak ajak saya dinner kat sini haha~
pndai pula dia merancang kui3..

menu kami mlm tu adalah seperti dibwh :)
sedap ke?
jujurnye tak de la sedap mana..
yg paling bestnye saya rasa Desert je kot..
utk main course and soup dia~
Hickory Smoked Barbeque Lamb Rack and seafoof chowder mmg la bkn taste kami berdua huuu~
tp yg paling bestnye of course sweet moment kami disana~
waaa so romantic~
gediks seketika kui3
anyway agak touching seketika~
sbb saya tak de pon prepare pape utk Si Dia
wuuu~ keadaan yg memboyot saat itu btul2 menyebabkan saya mls nak mengatur langkah mencari something special utk Si Dia~
But never mind~
After confinement time ni~
I qadha semuanye skali ye dear :) 
 again and again~
tak pernah jemu utk saya lafazkan~
I lebiuu bery2 strong laaah~ muaakcxx!! >,<
Jom layan Pic. plak~
Zaasss :)







Friday, 14 October 2011

Graduation Day Yawww!!~ (^^)

Setinggi kesyukuran dipanjatkan~
Syukur ke Hadrat Illahi..
penat lelah 4 thn di USM sudah tamat dlm erti kata sebenar~
Oopsss~ 4 thn??
no laa~
utk masuk ke dunia University~
I think already start since saya masih di kindergarten kot kih3
over kau hahah~
okok bax to our topic..
Im the degree holder rite now!!~
Yeay.. Scroll sudah berada digenggaman saya..
yesterday bukan lah hari kegembiraan dan kebanggaan saya sorang..
tp merupakan hari kebanggaan dan kebahagiaan utk Suami dan Kedua Ibu Bapa saya juga :)


Semalam semua kaum keluarga sahabat handai tersenyum kegembiraan meraikan hari kejayaan kami =p
yg jauh yg dekat semua dtg meraikan saat2 indah itu~
tp dlm kegembiraan tetap terselit sedikit kesedihan~
entah bila la saya dan kwn2 akan bertemu kembali =(





oh saya pasti merindui mereka2 ini (T__T)
insyallah panjang umo murah rezeki semoga ketemu kembali~

Big thanx to my beloved phamily~
for their support

-tanpa mereka siapalah saya-

special thanks also to my beloved hubby~
-Incik Suami merupakan tulang belakang saya okeh!!-
naek turun perjalanan hidup saya semuanye didalam kocek Incik suami :)
suka duka 
nangis ketawa
semuanye telah berakhir~
thanx sayang 4 everything :)



last but not least~
saya sgt bersyukur~
because...
saya telah berjaya menyempurnakan salah satu impian bonda tersyg~
which is ibu saya sgt berharap utk melihat saya naek kepentas utk menerima skrol ini =)
Alhamdullilah~
Nota Kaki:  my baby pon da grad okeh kui3 :) advance kan!!  =p
                   

Wednesday, 26 January 2011

-Pengakuan Berani Mati!!-

CIK A:

Sesungguhnya saya sgt syg kepad kamu~
Even sometime kita pernah berselisih faham~
Tapi pada saya itu semua merupakan rencah asam garam didalam persahabatan kita =)
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita manusia biasa~
Saya mungkin tidak sebaik teman2 kamu yg laen~
Dan Saya juga mungkin tidak hebat dan sesempurna teman2 kamu~
Tetapi jauh disudut hati saya sgt menyayangi kamu sebagai teman sejati saya~
Saya ikhlas berkwan dengan kamu~
Dan segala pertolongan dan jasa-jasa baek kamu selama ini sgt2 saya hargai
Thanks a lot dear~
Dan selepas perpisahan kita nnt~
Saya pasti merindui saat-saat indah kita disini :)
Walaupon Kita masing2 da punyai kehidupan tersendiri
Saya harap kita tetap berkwn smpai bila2 syg =)

PUAN B~

Sis~ U r the best okeh!!~
Even kamu bukan kakak kandung saya~
tapi selepas beberapa tahun perkenalan kita~
saya semakin selesa bersama kamu~
saya tidak berasa segan utk berkongsi masalah mawu pon pendapat bersama kamu~
Kamu sgt jujur dan ikhlas~
Kdg2 kamu kelihatan nerd okeh ahahah~
First time jumpa kamu~
Perkataan pertama yg keluar dr mulut saya ialah "mak aih cantik nye"
Sbb kamu mmg sgt2 cntek~
Tapi even kamu chantek kamu sedikit pon tidak riak dan bongkak!!~
Mmg sgt tabik spring okeh toing2 =)
Semoga Hbgn yg aman damain ini kekal smpai bila2 ye sis :)

En. A:
Perkenalan bermula dibangku sekolah~
Berkekalan sehingga kini~
Kamu merupakan sahabat dan teman terbaek saya~
Walaupon mulut kita suka sgt fire each other~
But kita lgsg tak da hurt feeling kan kan kan kih3~
Kebaikan dan sifat kamu yg terbuka itu sgt menyenangkan saya..
Bukan itu saja~
My Mom juga sgt menyenangi beliau~
Tidak pernah sekali beliau miss utk dtg beraya kerumah saya setiap tahun
Kiranya tetamu tetap la kau ni ahahah~
Tp dis year tak taw laa kita bley berjumpa lagi atau tidak huuuu~ :(
Masih teringat kenangan lalu~
Ada mulut2 longkang yg mengatakan kita punyai hubungan special~
dan telah menyebabkan Incik Suami aka ketika itu adalah Boyfie saya merajuk seketika ahahah~
Agak kusut saya ketika itu heee~
Lantas Kamu mengambil langkah yg bijak dgn menelefon Si Dia dan menerangkan bahawa kita hanyalah sahabat!!~
YA SAHABAT BAEK!!~ =)
Akhirnya Incik Suami juga kini telah menjd sgt akrab dan rapat dgn kamu =)

My Dear Frenz,
Aku doakan semoga perjalan hidup kamu dipermudahkan~
Semoga Kau berjaya sentiasa~
Ingat janji2 kau okeh!!~
dah berjaya jd manager t jgn lupa hadiah aku tu ahahah~
Saksi ketika itu : Incik Suami and MY MOM ahahah~

Nota Kaki:Cukup 3 Dahulu~ next post kita smbg lagi okeh :)


:: It has been a Month Now :) ::

How fast time flies~
Sedar2 da sebulan kami melalui kehidupan yg baru ini~
Masih Terasa kepenantan dan kebahagian saat2 indah itu heee :)
Dan semenjak kawen ni~ saya juga agak kurang mengupdate ceritera-ceritera terkini~
Kekangan masa kah yg menjadi punca~ ngeee >,<
nak kata saya busy sgt pon idak juga~
nak kata tak busy pon tak juga haiiipp~


The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart. 


Hahah jiwang tak saya~
ggggrrrr >,<
Tapi itu yg saya rasa dan lalui ketika ini  *senyum* :))
Alhamdullilah wat masa skrg ni~

Layanan Incik Suami terhadap saya mmg TERBAEK~
suara kan apa saja~
Si dia pasti berusaha mencari nye~
Even saya ckp saya lapa tgh2 mlm pon Si dia sgup keluar mencari something utk saya~
Baek kan Incik Suami kikh3~
Okey reader out there sila jgn termuntah okeh ahaahah~
sbb saya mmg sayang Suami saya kih3~
Saya syg suami saya sbb dia sgt baek dan sempurna bagi saya~
*mood terjiwang seketika ngeee >,< *

Oleh itu saya sgt berharap dan berdoa semoga ikatan kami ini berkekalan~
Biar sampai syurga :)
Kerana diSyurga nanti saya tetap mawu kan Si dia sbgai Suami saya :))

Okok~ kang jiwang lebeh2 ramai plak yg loya tekak ngeee~
Now kita tukar cerita yg laen pulak oqeh =)
Lately ni ramai kemain dok tnya saya mcm mana perasaan selepas kwen ahahah~
Mcm2 soklan la yg saya terima~
Sometime its look very funny okeh heee~
*Blushing* jgn dok kata laa itu sudah pasti haaiish~ =)
Mungkin umur kita pon da menginjak kealam dewasa
DEWASA ker?? *dush2*
so masing2 da punyai rasa utk berumah tangga hee~
Disini hanya satu saja yg saya bley ckp kan~
Kebahagian selepas kwen itu sgt indah dan tak sama langsung seperti dialam berchenta okeh!!~
Kalu nak rasa~ cepat2 kwen ye sahabat2 ke sekalian kih3~
Semoga Kebahagian menjadi milik kita semua =)
AMIN =)