Thursday 30 January 2014

AWAS!! PCOS Mengancam Kesuburan Wanita~

PCOS Mengancam Kesuburan Wanita?

Adakah anda termasuk dalam kategori ini:
▶Wanita yang gemuk
▶Pusingan haidnya tidak teratur
▶Tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka.

Berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

~ Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs:
Adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur.
Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.







Gejala utama akibat PCOS :
▪ Kemandulan
▪ Sukar untuk hamil
▪ Bila hamil,mudah gugur.

Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami :
◆Masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang
◆ Perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan
◆ Masalah kegemukan/obesity
◆ Ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke tahap yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?
▼Tidak Subur Atau Mandul.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOs datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat.

Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang boleh hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang-ulang kali gugur.

I. Berbagai Jenis Gangguan Haid
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II. Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III. Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV. Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada.

Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Testimoni:
Tiada apa yang mengembirakan hati seorang wanita apabila disahkan hamil sedangkan beliau adalah pengidap PCOS. Alhamdulillah, jika kita usaha tanpa jemu, akhirnya rezeki akan datang jua. Ramai yang menjangkakan pesakit PCOS susah untuk mendapatkan anak namun kuasa Allah tiada siapa boleh melawannya. Apakah supplement yg membantu beliau untuk hamil?

♥ Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

♥ GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid

__________
Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581 
COD- Pulau Pinang



No comments:

Post a Comment