Wednesday 22 September 2010

Petua Mendapat Pasangan

Petua Mendapat Pasangan - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.







Tuesday 21 September 2010

:Yes I do Miss U:


Dia sgt suka tanya saya~
"Ayg windu B tak"
dan setiap kali itu juga saya akan jwb
"of course tak"
hahaha~
am i noty??
ngeeeh~
Of course TIDAK kan kan kan keh keh keh~
 Okeh2 today~
saya rasa saya sgt baik hati~
Meh kwn2 teman2 sahabat handai..
mari dekat2
mari rapat2
teman nak kabor kan something pd sume nih hahaha~
teman rindu sgt pd INCIK TUNANG
YES I DO MISS U SYG!!~
jujur. ikhlas dan tulus dr ati nih hahah~
so tak mo majuk2 da naa ngeee~ :))
tp~
kita da janji kan tak mo jumpa sebulan eh??
okeh kita tgk who will break da promise ahahah~
SAYA OR AWAK huuuu~
and i repeat again DEAR~
I miss u Soo soo much wuuuu~
:((

Friday 17 September 2010

Terus Terang!!~

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Kerna tak ada yang tahu
Erti cinta sesungguhnya

Cinta datang dari tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Kerna aku manusia
Yang pastinya butuh cinta

Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu
Aku relakan perpisahan

Hanya kamu yang aku sayang,
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu
Aku relakan perpisahan




Raya Oh! Raya~


Tonite saya nak update about Hepi Eid Mubarak yg dismbt oleh seluruh umat Islam br2 ni..

1st Syawal~
-For dis year kami tak balik ke kg halaman..and i noe my mom quite angry hohoho
-Main menu tahun ni my mom msk bakso and soto wuuu~ sedap sgt okeh!!~ thanx to my mom
-bgn seawal pg, membantu my mom kemas2 umah + susun kueh raya+msk bakso and soto+wat air dlm bekas besar+siapkan adik2 dan mcm2 ag~ huuu sgt mengembirakan ati..
-then after that~ acara tahunan pun bermula which is --> acara memohon ampun dan maaf hee :)
-salam bersalaman, maaf bermaafan haiip~ pg2 raya da touching ngeee~
-then adik2 yg tersyg memulakan agenda mengutip duit raya kih kih kih~
-around 10 am Nur Rizuan and Mohd ShahIswan tiba dirumah wuuuu~
-sungguh sgt tidak sgka mereka akan dtg beraya kerumah heee :))
-sgt lama tidak bertemu mereka dan kali ni kami berpeluang bertemu kembali.. Thanx Ya Allah =)
-Then my home mula dipenuhi oleh saudara mara~ kunjungan dr tetamu2 and saudara mara tidak berhenti henti~
-huhhhhhh~ Quite tired that day ngee~ tetapi saya masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa =p
-Disebabkan hari raya thn ni jth pd hari jumaat~ Then Incik Tunang dtg kerumah saya after smbhyg jumaat~
-Around 3.30pm br la saya dpt melihat muka tunang tersyg hee~
-As usual, kami pasti sedondon~~ oucchh!!~ sila mengerti kami mmg selalu begini ahahaha~
-Then after da tlg my mom kemas2 umah skit2 n cuci pinggan mana yg ptt~ then saya pon kuar bersama Incik Tunang untk menuju ke teratak SITI NADIA ngee~
-Rumah Cik Siti ni harus dikunjugi~ kalu tidak jenuh nak pujuk beliau ahahaha plus i really miss her!!~ :)
-Suddenly i got a phone col!!~ "eh siapa ni yer numb tak kenal la b"
-ahahah rupa2 nye saya dpt col dr Bakal Bapa mertua saya.. Hohoh abah ni btul2 mensuspenkan saya ahaha
-Dia da tanya napa tak dtg umah mereka ag ahaha~
-Okeh2 wait a minute yaa~ "nurul tak lupa la.. sure akan pg nye ngee :)) "
-waaa~ kali ni saya tak keseorgn di rumah rumah Incik Tunang~
-sbb: kali ni ramai kawan2 beliau + kwn2 saya juga dtg beraya ke rumah Incik Tunang~
-dat moment btul2 sgt mengembirakan hee :)
-bkn senang kau nak gathering ramai2 cenggini hee~
-dat day mmg sgt meriah.. *senyum smpai ketelinga okeh* :)


-with chenta ati-
-sahabat lama-
-nurulnadia-
-nurulfatinarissa-
-nurulqistinaumairah-
-nuruladrianaadilla (mising)-
-wif my bff-

-gedix santai ngee :) -


-ada gaya datin tak ahaha~ ngee-


::2nd Syawal and 3rd Syawal::
-kehadiran tetamu2 dan saudara mara jauh dan dekat masih tidak berkurangan~
-untk hari raya kedua my mom msk kan Nasi Ayam Special taadaa~
-Act dis menu my mom msk special untk bakal besan beliau ahaha~
-semangat katakan nak terima tetamu kehormat ahahah~
-Dis year during second syawal, rumah saya dikunjungi oleh tetamu2 dr keluarga Incik Tunang hee~
-walaupon rumah mereka sgt sibuk dikunjungi saudara mara
-tetami mereka masih mencari peluang utk berkunjung kerumah saya~
-dan saya sgt menghargainya~
-Thanx a lot mama n abh!!~ thanx juga untk Chenta Ati saya :)
-Saudara mara yg jauh mula tiba dirumah~ Owh ini bereerti: keesokan harinya pasti ada agenda yg akan dilakukan sigh*
-Seperti yg dijangka~ Pakcik Saya dr melaka ajak kitaowg kuar berjalan2~
-bkn untk jln2 raya yer
-tp jln2 merehatkan fikiran hohoho~
-so~ our destination: waterfall~
-apa lagi dak2 kecik sepupu sepapat saya yg msih underage tuh~ melompat sakan la nak g mandi manda kat sana hahaha~ apa pun saya sgt terhibur melihat telatah mereka :)

::4 Syawal:
Disini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepad my future sis In Law~
sbb sdi dtg beraya kerumah saya yer pd 4 Syawal yg lalu hee~
sory sbb bnyk kueh da sold out ahaha~
tak sgka plak raya kali ni kueh rumah kami sgt laku sekali ngeee :)
anyway thanx again sis :)

::6Syawal::
-Sgt2 menghargai kedatangan loving kapel kerumah saya kali ini~
-Thanx a lot kepada Incik Fariq dan pasangan belia merangkap my bff which is Cik Shera hee~
-really appreciate~
-Bak kata mak saya " waa baek nye mereka sgp dtg dr jauh tu"
-utk pengetahuan semua~ mereka bertolak dr parit buntar utk dtg ke rumah saya yer hee :)
-sgt terharu =)
-sekali ag~ ampun dan maaf andai ada terkurang pape yer sahabat sewaktu kedatangan korang kali ni hee
-almaklumlah kueh raya manyak da sold out~ hanya laksa saja mampu ku sediakan ahaha *pdahal itu pon mak yg msk kan keh keh keh*


-wajah2 keibubapan sudah terserlah okeh ahaha-


-saya sgt syg dia!!-



Wednesday 15 September 2010

-Proses Permohonan Kebenaran Berkahwin-

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua~
Today i want to share a little bit information about my BIg Day Preparation heee :)
Petang td saya telah pergi kePejabat Agama Islam Balik Pulau utk mengambil borang daftar nikah..
weee~ sgt2 tidak sgka yang saya akan berkahwin tidak lama ag huuuu~ NERBES okeh!!~ *sigh*
Mula2 waktu masuk kedalam pejabat tu cuak gak r.. tak tawu la nape saya rasa cuak..
maybe waktu msk tu sume pndg2 saya kot huuuu~ 
Bak Kata Incik Fariq ''makcik depa ni tak percaya kot hang nak kawen''
ahahah sengal!!~Saya pergi kesana dgn ditemani oleh cikShera n Incik Fariq yer~
Pada mulanya mmg nak pergi amik dgn incik Tunang..
but sbb saya ni slalu sgt tguh2.. then sodar2 incik tunang sudah pon mula berkerja dis week huk huk~
Act dis form WAJIB diisi oleh sume umat Islam yg mahu mendirikan rumah tangga..
diulangi yer WAJIB~
huuuuu~ ingat senang nak kawen.. manyak benda nak kena setel ngee~
mula2 ingat nak daftar online jer kih kih kih~ tp Incik Tunang da bg warning..
no more online2 naa~ 
Reason Incik Tunang: Pegi amik sendiri form tu baru rasa feel nak kawen nih haaaissshhh~ =)
Okeh bg sesiapa yg busy or tidak sempat amik form daftar nikah ni.. anda boleh la isi permohonan anda disitu yer :)
Mudah dan Cepat kan.. Dis form kena isi paling awl 90 ari sblm tarikh nikah ataupon paling lewat 14 hari sblm akad nikah~
Okeh after da isi form ni~ kita kena proceed for HIV test plak..
Keputusan Ujian Saringan HIV test ni kita kena serta kan sekali didlm form daftar nikah nih~
HIV test boleh dilakukan di klinik2 kesihatan kerajaan yg berdekatan yer.. 
Diulangi KLINIK KESIHATAN KERAJAAN~ swasta tidak diterima yer~
Then b4 submit that form sila lampirkan segala dokumen yg dikehendaki yer seperti IC pengantin laki/pengantin perempuan/ IC wali dan segala bagai :)
After sume dokumen tu da lengkap diisi boleh lah diserahkan di pejabat agama kembali..
Haaa jgn ingat lepas da antar tu setel yer..
Taadaaa~ Sesi interview dgn penonlong pendaftar nikah cerai akan dilakukan wuuuu~
Bukan pengantin jer kena interview.. Wali pon turut diinterview sama huk huk huk~
Okeh sesi itu sgt MENDEBARKAN yerr wuuu~
Semoga sesi interview nnt akan berjalan dgn lancar..
Doakan kami yer :))
Wanna stop here~ A lot of thing need to do~
Assignment+ Test menimbun2 menanti wuuu~ ada siapa2 nak tlg.. 
bantuan sgt diperlukan yer.. sila PM saya scpt yg mungkin ahahah~
bantuan anda sgt dihargai kih kih~
have a nice day frenzz :)

Tuesday 14 September 2010

:Preparation:

Preparation? Preparation for what yaa~
waa tajuk mengediks jer nih ahaha~
act tonite quite bosan...
merajuk dgn Incik Tunang so tak mau mesej dia sgt.. ahahah bolehkan???
sila say YES yer kwn2 ngeee :))
okeh2 back to our topic..
what type of preparation yg saya lakukan today..
taa daaaa~
Hari Ini dlm sejarah saya memasak didapor ahahaha~
Okeh Okeh
sila bertenang
Saya mengaku saya mmg jarang masuk dapor..
Tmbh2 sejak ddk hostel..
so mmg la teramat jarang saya memasak okeh ngee~
But lately ni my mom da pot petpot pet  suruh saya blajar masak
plus Incik Tunang pon da bnyk perli2 saya..
so today dgn berbesar hati nyer..
Hari ini my phamily akan mkn masakan yg disedikan oleh CHEF Nurul Nadia ahahaha
maka hari ini saya pon trun kedapor okeh ahahaha...
Dari A-Z sume saya yg lakukan
waaahh agak membanggakan bg mereka yg jarang msk dapor seperti saya yer ngee =)

menu kami hari ini simple2 saja..
main menu ikan msk kicap huuuu~
reason: Incik Tunang suka mkn ayam or ikan msk kicap heeeehuuuu~
so arini saya belajar msk lauk tersebut heee :)

Starting dgn msk nasi..
OKEH PASS!!!~
my mom ckp NASI yg saya msk best!!
ahahaha~ sungguh tak tipu yer :p
sedap!!~ tak terlalu lembik or keras.. cun2 okeh heee~



Then bersiang ikan~
haa for dis part quite bad~
masih tak berapa nak pass!!~
Ikan-ikan tersebut hanpir hancur saya kerjakan wuuuu~
adeeiii~ mak saya ckp tak yah buang kepala..
tp today sume ikan yg saya msk sume tidak berkepala ahahaha~
Reason: saya rasa mcm tak bersih kalu tak buang kepala..
Geli la tgk mata ikan tuh!!~ ahhaahha btl tak keh keh keh :))



Then for sayur goreng PASS!!~
benda tu agak simple hee~
waa eksyen plak yer ahaha~
act b4 dis saya selalu msk pelbagai jenis msk kan yg menggunakan sayursbb dgn ex rumet lama kitaowg slalu msk sayur goreng, sayur campur ect~
so bg msakan yg melibatkan syur ni saya agak Pro sikit la heee~
kiranya kalu msk untk berdua tu lepas laa heeehuuu~


So lps ni harap saya akan belajar pelbagai jenis masakan lagi drpada bonda saya yer heee~
Time raya baru2 ni saya da blajar cara2 nak msk nasi aym hee~
harap after dis dpt apply kan ilmu tersebut ngee~


p/sI: Ada sesiapa nak adiah kan saya buku resipi tak?? smgat nak blajar msk nih keh keh keh :)
p/s II: Lapa Mc D huuueee~

100 Truths~

WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: bandung ice~
2. Last phone call: incik tunang
3. Last text message: Incik Tunang -Wish Gud nite zzzzZZzz~..
4. Last song you listened to: DIA MILIKKU by Youvie and Nuno
5. Last time you cried: cant remember ngee~

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: 0f c0urse..
7. Been cheated on: sure~
8. Kissed someone & regretted it: Nope~ never regret it :)
9. Lost someone special: yup.not everythng last forever...
10. Been depressed: sometime~
11. Been drunk and threw up: NEVER

LIST THREE FAVORITE COLOURS:
12.pink
13.purple
14.blue

THIS YEAR HAVE YOU: (2010)
15. Made a new friend: a lot
16. Fallen out of love: yup of course :)
17. Laughed until you cried: always~ especially with cik shera and cik kikin yg gelong2 itu ahahah
18. Met someone who changed you: Already met!!~
19. Found out who your true friends were: yes...
20. Found out someone was talking about you: Dunt noe~
21. Kissed anyone on your friend's list: hurm~
22. How many people on your friends list do you know in real life: about 70%
23. How many kids do you want to have: 3 Maybe :)
24. Do you have any pets: Zero!!~
25. Do you want to change your name: NO!~ Saya suke nama yg diberikan oleh ibu bapa saya :)
26. What did you do for your last birthday: take a big rest~ im not feeling well :(
27. What time did you wake up today: about 11 pm *smlm tdo lmbt okeh* sigh~
29. Name something you CANNOT wait for: To be MRS SYARIL + Graduation Day ++++++
30. Last time you saw your Mother: beberapa saat yg lepas =)
31. What is one thing you wish you could change about your life: I wish I could turn back my past 
32. What are you listening to right now: GIO : Bila Cinta~ 
33. Have you ever talked to a person named Tom: No~ x da kwn pon nama Tom ngee~
34. What's getting on your nerves right now:nothing~ EMPTY *senang ati sgt kah* heee :)
35. Most visited webpage: facebook+yahoo mail+my blog
36. Whats your real name:  for those who doesn't know NURUL NADIA BT SULAIMAN
37. Nicknames: nurul + nadia + ya + D + akak+ ayg ahaahaha
38. Relationship Status:Enganged =)
39. Zodiac sign:Aries (14 APriL) Promote2 ngee :)
40. Male or female?: Female
41. Elementary?: sk sg Raya & Sk Sg Pinang
42. Middle School?: sm abdulllah munshi & MRMS Balik Pulau
43. High school/college?:  KMPK & USM
45. Long or short hair?: Both.. Can? ngee~
47. Do you have a crush on someone?: my whole life...
48. What do you like about yourself?: I can Forgive Someone Easily but they never appreciate it :(
49. Piercings: no..
50. Tattoos: never
51. Righty or lefty: just righty.. 

FIRSTS:
52. First surgery: bila yer??
53. First piercing: never..
54. First best friend: Nani and Erma (my bff when i am 7 or 8 years old) ..wonder where r they  now...
55. First sport you joined: netball
56. First vacation: many when i was small kid..  cant remember the exact one ngeee~
58. First pair of trainers: apa tue?? hee~

RIGHT NOW
59. Eating: mkn kueh raya smbil typing + tgk tV ~ Multitask kan saya?? hee =)
60. Drinking: Yup.. my dad br balik dr kedai balikan saya teh ais :)
61. I'm about to: call him.. nak ajak g mkn Mc D kih kih kih
62. Listening to: dialog dlm drama Fatimah Juling ahahah~ (sbb saya tgh tgk Fatimah Juling :) )
63. Waiting for: waiting for my sis~ sbb dia kuar g shopping and dia ckp nak beli something utk saya suke2 :))

YOUR FUTURE :
64. Want kids?: of course~ dia sgt suka kan baby~ * sigh*
65. Get Married?: of c0urse..
66. Career?: dont matter as long as it pays good..

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: Both
68. Hugs or kissess: Both
69. Shorter or taller: Taller
70. Older or Younger: younger
71. Romantic or spontaneous: Romantic ler =)
72. Nice stomach or nice arms: gggrrr~ nice stomach kot ahaha~
73. Sensitive or loud: loud..
74. Hook-up or relationship: relationship
75. Trouble maker or hesitant: a bit of both...

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: Nope
77. Drank hard liquor: haram~ co can't
78. Lost glasses/contacts: Never
79. Sex on first date: nope
80. Broken someone's heart:A lot~ i'm so sorry i did..
82. Been arrested: never~ saya budak baik okeh =p
83. Turned someone down: may be
84. Cried when someone died: yup..my granddad..both of them...
85. Fallen for a friend?: Sure~ semuanye bermula dr KWN hee~

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself:yes
87. Miracles: hope so...
88. Love at first sight: yup..
89. Heaven: yup
90. Santa Claus: hahaha~ nope
91. Kiss on the first date: no!!~
92. Angels: yes

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: yup...those days...i had 3~ ngee~
95. Did you sing today?: yup~
96. Ever cheated on somebody?: yup..those days...
97. If you could go back in time, how far would you go?: form 3. saya tak mau permainkan perasaan MEREKA!!~ im sory!!~
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: bila yer.. ntah ler.. hee~
99. Are you afraid of falling in love?: yup..i'm just afraid that i can't forget him...i dont wanna hurt anyone...
100. Posting this as 100 truths?: SURE