Tuesday 31 May 2011

Suami Mithali Idaman Isteri~

Salam Readers,

wah wah wah tajuk mmg tak bley blah kui3..


setiap insan yg berchenta pasti ingin kan hbgn percintaan mereka disatukan dgn ikatan yg sah kan kan kan =)
ada ke mereka yg berchenta mawu kan hbgn terputus dipertengahan jln??
no no no rite hee~
act post kali ni saya mawu dedicate khas utk Hubby tersyg~
act condition saya skrg tidak la teramat baek..
keadaan perut saya yg suke meragam plus selera mkn yg semakin menurun
telah menimbulkan perasaan susah ati kepada Incik Suami~
boley dikatakan SiDia bnyk membantu saya melakukan kerja2 rumah wuu~
Before ni setiap kali bgn pg pasti bersepah cawan dan pinggan mangkuk dalam sinki
tapi kini tidak lagi...
OMG!!! Touching okeh~
dapor saya kini sentiasa kemas dan tiada lg pinggan mangkuk yg kotor didlm sinki
Kain Baju pon Incik Suami yg tlg bshkan
wuuu sedih lagi :(..
should be saya yg duduk umah goyang kaki ni la yg pttnye wat sume perkara tersebut..
tp Incik Suami yg berkerja pulak yg lakukan semua itu..
Ohhh terasa diri amat dihargai dan dimanjakan okeh!! ahahaha =)
Si Dia risau my condition become worst..
almaklum kadungan saya masih dlm peringkat yg baru lg
so dia mawu kan saya sentiasa berehat..
sedia maklum.. berbaring 24 hours pon bosan juga okeh!!
tp saya sgt2 bersyukur memiliki suami seperti beliau 
sgt2 caring dan menyanyangi saya seadaanye =)
dibwh ini ada saya letakkan tips2 utk menjadi suami mithali
and for ur info hmpir 99% ciri2 ini ada pd Incik Suami
waaaa~ I love You la lalink kih3 =)



Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca
  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Wallahu a’lam



Monday 30 May 2011

☛1st Trimester

Dear blogger,
For the first time saya mawu berkongsi amalan pemakanan dan tips2 di awal kehamilan
wah wah wah~ boleh ke heee :))
For me skrg merupakan satu learning process bg saya dan Incik Suami~
so kami agak excited dalam mencari maklumat dan info2 berguna :)
pssst Incik Suami sgt Excited Okeh kih3 sssyhhhh =)


Yang perlu DIELAKAN semasa kehamilan :

1) Aspirin

merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

act aspirin ni terdpt didalam ubat sakit kepala ataupon demam yg sering kita gunakan dlm kehidupan seharian~ kdg2 kita tak sedar pon ubt yg kita ambil tue mengandungi aspirin~ berhati okeh~ so utk ibu mengandung sila elakkan okeh =)



2)Alkohol -
ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar



3)Litium
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4)Vitamin A 
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat
bkn mksud kita tak bleh mkn lgsg makanan yg mengandungi vitamin A~ tp haruslah terkawal yee =)



*vitamin A*


5)Tetrasaiklin 
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6)Ubat penahan sakit
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7)Rokok 
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

As ladies@Ibu sgt2 la tidak bersopan utk anda merokok okeh!!! saya sgt2 tidak berkenan!! Plizzz stop it... Sayangi lah diri dan janin anda =)







8)Hentikan kegiakan lasak 
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

wuuu harus bersopan seketika~ after dis da tak ley main lari2 ngan Incik Suami ahahaha~ Berehat Seketika =)


*no more lari-lari*


9)Minuman tertentu 
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

10)Makanan 
makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.



PEMAKANAN DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL:

- Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dantelur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, kejudan tofu.



*protein basics*






Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 









Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelasjus oren.

sekarang saya juga telah mengambil asid folic sebiji sehari~ bagus untuk pertumbuhan baby.. Acid folic boleh dibeli difarmasi ataupon jika nak lagi senang pegi ke klinik kesihatan yg berhampiran anda.. if im not mistaken anda akan mendapat asid folic ini percuma jika pg amik diklinik kesihatan kerajaan =) (info dari  bonda)







*acid folic*



Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi darikekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

act biji bunga matahari sama maksud dgn kuaci ye kengkawan kih3~ nowander la saya jrg marah skrg ni.. hari2 dok mkn kuaci ahaha =)


*kuaci*

Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.





Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.




*baek utk menambahkan zat besi didalam tubuh*


Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE







*vitamin E*






Selamat Beramal~ Renung2kan Lah


Sunday 29 May 2011

*syaril junior*


Alhamdullilah~
Syukur syukur syukur Ya Allah~
Diatas rezeki yg tidak diduga ini
Alhamdullilah~
Doctor telah mengesahkan saya Mengandung~
Alhamdullilah~
sudah 6 Minggu nyawa ini berada didlm rahim saya :))
sungguh kami suami isteri sgt2 tidak menduga akan menerima Khabar baek sebegini :)

Khamis yg lalu~
Niat dihati hanya sekadar ingin menemani Incik Suami Ke Klinik~
tp disebabkan saya asek mengalami sakit perut yg teramat selama 4-5 hari kebelakangan ni~
Lalu Incik Suami terus memaksa saya untuk g check up skali~
Lalu Doctor pon mengesahkan saya bkn mengalami sakit perut biasa~
taaadaaa Im Pregnant!! :)

comel kan =))


3-4 Kali juga laa saya tnya doctor..
mmg sgt2 tidak percaya okeh!! =)

Doc are u really sure?
really im positive pregnant?

Yes you are..
See~ positive,, u have two lines
its means u are pregnant puan Nurul
congratulations!!

Ya Allah!!~




-Pregnancy Test HCG-

home-pregnancy-test

Doctor tersebut menggunakan pregnancy test HCG utk menguji Urine saya~
sekejap saja da dpt result~
Act sakit perut saya adalah disebabkan saya mempunyai masalah urine kotor..
plus 2-3 ari sblm ni saya ada tersilap mkn
saya  terminum air tebu and mkn nenas skit!!
sumpah saya btul2 tak duga saya akan pregnant!!
rasa sgt bersalah :((
Quite worried~
sbb slalunye urine kotor ni ada masalah berkaitan buah pinggang~
plus saya juga tkt mengalami keguguran
wuuwuwuu~ Nauzubillah minta2 dijauhkan wuuu :(
tp after da tnya mak,mama,makcik2,sepupu-sepapat~
diowang ckp utk ibu mengandung urine kotor kadang2 normal bg sesetengah org..
mungkin ragam org mengandung sulong kot huk3
semoga baby dan saya dlm keadaan sehat sentiasa~
Doakan kami yee :)

To be continue.....

Friday 20 May 2011

Hukum Alam =.=

Salam Dan Selamat sejahtera everyones~


Pasti kalian pernah dengar pepatah Inggeris ini~ "What Goes Around Comes Around"
Hukum alam @ Karma ini menyatakan bahawa apa yg telah kita lakukan balasan atau akibatnya akan kembali semula kepada diri sendiri..


I’ve had a lot of ‘small world’ moments recently, which brought me back to an idea utk kembali menulis dan meluahkan isi hati dalam diari yg bisu dan tidak berkata2 ini :)


Seminggu menjadi penggangur terhormat dirumah~ menyebabkan saya kembali aktif melayari laman sesawang~ memerhati masalah dunia~ memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami tersyg *nak jg kih3 :)*
motif: saya kini mempunyai hobi tersendiri~ saya gemar memerhati keadaan sekeliling 
*mungkinkah akibat pengaruh drpd CSI hohoh* oberservation adalah aktiviti yg berfaedah jika kita tawu cr menggunakannya dan memanfaatkan nya :)


okeh2~ tak mau melalut lagi kembali kepada isi utama..
lately ni saya kembali kepada normal rutin~
kembali meluangkan masa bersama keluarga tersayang~
kembali mendengarkan keluh kesah dan luahan perasaan mereka..
agak lama saya tidak dpt berborak panjang bersama my parents.. 


dan disini~ apa yg dapat saya perhatikan bahawa.....
situasi yg saya pernah lihat sewaktu saya berusia 7-8 thn kini kembali semula di ruang legar mata saya..


16 thn yg lalu....

si kecil yg tidak mengerti tentang erti kehidupan sentiasa melihat dan memerhatikan keadaan sekeliling..
si kecil berasa bahagia melihat layan baek seorang ayh kepada atok nye..
si ayh yg sentiasa melayan dgn seikhlas hati seorang tua yg miskin dan tidak punya apa2
si ayh yang sentiasa memberikan sepenuh perhatian dan kasih syg yg tiada tolok banding nye terhadap insan yg digelar AYH mertuanye itu..
si ayh yg berkorban apa sj demi seorg insan yg sudah tua itu~
sggup pulang hanya menaiki motosikal yg usang itu bersama isteri dan anaknye yg msih bayi semata2 ingin melawat insan tua yg sedang uzur itu
air mata menitis melihat pengorbanan seorang ibu dan ayh demi menunaikan tggungjwb mereka sebagai seorang anak~
sggup berpanas berhujan dalam perjalanan yg jauh semata2 ingin melihat insan tua yg sgt disygi nya itu


dan akhirnya.. insan tua itu menghembuskan nafas terakhirnya dipangku si menantu yg sgt disygi nye itu~
menantu yg telah dianggap sbagai anaknye sendiri..
dan sblm insan tua itu menghembuskan nafasnye yg terakhir sempat  beliau menitipkan ucapan terimakasih yg tak terhingga diats apa yg si ayh telah lakukan (T__________T)
kerana...


terkadang anak sendiri pon tak mampu memberikan layanan yg terbaek kpd org tua mereka..


alhamdullilah~ walaupon ayh saya tidak belajar setinggi mana namun beliau mempunyai budi pekerti yg sgt tinggi!! sy bangga menjadi anak beliau~


bru2 ini apabila saya melihat Incik Suami keluar berdua dgn ayh saya.. pegi minum pg bersama2 berborak dan ketawa bersama menyebabkan saya kembali teringat peristiwa lama..
kerana saya pernah melihat peristiwa ini 16 thn yg lalu.. msih terbayang senyuman dan gelak ketawa atok saya bersama ayh.. mereka bertiga berkongsi tabiat yg sama which mean --> diowg WAJIB breakf dan sekepala hee.. kalu tak breakf rasa mcm tak ckup syarat la gamaknye hee~ keserasian? ye saya dpt melihat keserasian itu diantara atok<-->ayah<---->incik suami :)


alhamdullilah saya rasa bersyukur dan terharu kerana saya akhirnya berpeluang memberikan seorang teman dan menantu yg baek kepada ibu bapa saya~
Incik Suami--> You such a great person that I've ever know :) Kamoo mmg terbaek!!


Mungkin ini yg dikatakan hukum karma~ 
jika sblm ini ayh saya merupakan seorang menantu yg sgt baek kepada ibubapa mertuanye
maka kini ayh saya berpeluang merasai kemanisan mempunyai anak menantu yg awesome pula kih3 :)


Thanks Incik Suami~ I lurve U You Ketat2!! >,<


Nota Kaki: The law of karma is the fact that a human being gets back in this world the same things that he has given to the world through his deeds and actions.






Monday 16 May 2011

❣unofficially graduated❣

Alhamdullilah~
Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi
Akhirnya saya telah selamat menamatkan pengajian saya di USM Kampus Kejuruteraan~
Tiada kata mampu dilafazkan~
Deraian Air mata mengiringi perpisahan kami~
Gembira~ Of course all of us gembira menantikan detik2 ini~
Penat lelah kami akhirnya sampai sudah ke penghujungnya~
Namun itu juga bermakna bahawa saat-saat perpisahan akan terjadi jua~
4 thn disini~
mengukir gelak tawa, tangisan dan sebagainya bersama~
Bahu teman2 seperjuangan dijadikan tempat utk kami bersandar~
Saling memberi semangat~ saling berpaut~ saling membantu~
ini manjadikan hbgn kami bertambh erat dari hari ke hari~
4 thn di sini~ bkn lah merupakan satu masa yg singkat~
pelbagai perkara dikongsi dan dipelajari bersama
maka mustahil lah kami dapat menerima perpisahan ini dgn hati yg gembira~
saya sendiri menangis sepanjang perjalanan balik dr USM sehingga ke Penang~
Sedih~
Kerana entah bila lagi kami akan bertemu~
Hari Graduation Day pon tak menjaminkan yg kami akan dpt gather bersama2 lg~
Sedia maklum~ suasana yg agak sibuk waktu hari tersebut memungkin kesempatan utk kami melepak2 bersama agak tipis :(
tp saya sgt berharap yg saya masih dpt ketemu sama mereka2 semua :)


  ❥ sayang2 ku ❥




❥ Kami bersahabat tak kira bangsa dan agama ❥


❥ my coursemet❥


-semoga kalian semua berjaya dunia dan akhirat-
-semoga ketemu lagi-

❥ I LOVE USM ❥
Thanks USM!!