Tuesday 25 February 2014

Mealshake Multivitamin Dalam bentuk Serbuk!

Mealshake oh Mealshake..
Baru-baru ni ada seorang sahabat lama borong 5 tin mealshake.. pengsann...
Buat stok sungguh gamaknye..
Katanye takut mealshake out of stok..
Sebab barang kami hot selalu kikiki ^_^
Jom baca 6 fakta terbaik mengenai Mealshake dan kenapa mereka sangat menggilai Mealshake♥


6 fakta menarik tentang Mealshakes
1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.
Nyummi!



:: testimoni anak yg picky eater :)~ kini tidak lagi ::



::psst~ mealshake feveret Rita Rudaini ye :) ::



:: wee~ something special menanti anda dengan pembelian combo mealshake :) ::


Berminat nak mencuba?
Nak dapatkan someting special dr saya?

Hubungi saya di~
Nurul Nadia 0134167522 (sms|Whatsapp)
COD Pulau Pinang

Monday 10 February 2014

♥ProSante Shaklee Bebas Parabens♥

Pssst~ Cek nak habaq ni~ Shaklee pon ada Set Penjagaan Rambut yee~

 Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan 

(1) Long Lasting Finishing Spray

“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

(2) Revitalizing Shampoo

Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

(3) Purifying Shampoo

Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

(4) Replenishing Conditioner

Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

(5) Lightweight Conditioner

Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

(6) Nourishing Scalp Treatment

Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

1. Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:

Revitalizing Shampoo
Lightweight Conditioner
Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.

2. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:

Purifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

Jom Suburkan Rambut Anda!

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.



Senang Kata Parabens Free 

Apa itu PARABENS?

# Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.#

Kesan negatif daripada parabens:
1.mempercepatkan proses penuaan kulit
2.meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
3.mengganggu sistem pembiakan lelaki

So beware! Berhati2 dan selamat menjadi pengguna yang bijak 

________________________________________

Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581
COD- Pulau Pinang

Sunday 9 February 2014

Belajar untuk bersyukur

Assalammualikum~

Selamat Petang :)

Petang2 macam ni terdetik hati nak menulis pulak heheh..
Bersyukur~

Jom kita discuss mengenai kisah bersyukur ni ^^

Alhamdullilah kehidupan seharian saya kini banyak berubah..
Tak keterlaluan kalau saya katakan anak itu pemberi rezeki~
Hadirnye Iman Syahmi sejak dari dalam kandungan lagi telah membawakan 1001 perubahan dalam hidup saya dan suami~

Anak adalah greatest gift from Allah s.w.t
Sungguh saya amat terkilan kalau ada pasangan muda yang tak sedia nak preggy lagi dengan alasan tak boleh nak adapt dengan kelahiran simanja nnt! Then what for yang uols married rite??
Anak itu pembawa rezeki ok! thats it!

Setiap insan yang lahir didunia ini punya sesuatu utk disyukuri~
Tipu lah kalau dalam kehidupan anda tiada apa yg perlu disyukuri kan~


Ayuh banyak kan bersyukur walaupon terdapat 1001 halangan yang harus ditempuhi

Konsep bersyukur itu banyak~

Jom kita tengok yang mudah2

1. Alhamdullilah bersyukur ada kwn sekerja belanja lunch~
2. Alhamdullilah bersyukur diri kita terselamat dari dilanggar kereta~
3. Alhamdullilah bersyukur mak/ayah kita dah selamat menjalani operation~
4. Alhamdullilah bersyukur kita punyai keluarga dan kwn2 yang amat memahami dan saling melengkapi~

Mudahkan utk bersyukur~
Then tak lupa juga utk bersyukur ketika dalam kesusahan~
Jika Allah tak timpakan malapetakan adakah kita akn kembali memohon bantua dan petunjuk dari Illahi??
Harus bersyukur selalu kerana rahmat dan hidayah Allah itu meluas :)


Sejak menjadi leader kepada anak cucu Healthy and Wealthy Empire banyak benda yang saya pelajari~
Setiap manusia tidak terlepas dari diduga..
namun cara kita menghadapi dan menyelesaikan masalah yang akan memberikan kesan yang berbeza~

Ayuh jangan jatuh dan tersungkur terus jika diduga!
Muhasabahkan diri dan bangun semula~
Sesungguhnye Allah s.w.t sangat menyayangi kita...

Kita tak kan diduga melebihi keupayaan kita,
bersangka baiklah selalu dan banyak kan bersyukur :)






#hidup utk terus memberi #
#the more you give the more you get #

Nurul Nadia
a.k.a Ibu Iman

Monday 3 February 2014

AWAS! Bukan Semua Sesuai Mencuba Vita-Lea Shaklee!

Assalammualaikum semua~

Disebabkan bulan ni Promo VitaLea Shaklee, Maka saya akn cuba berkongsi sebanyak mungkin informasi  VITALEA kepada pembaca semua :)

Jom kita selidik siapakah golongan yang tidak sesuai mencuba VitaLea Shaklee~


Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan??

SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.

Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.


Oleh itu sebelum mencuba sesuatu supplement ataupon product sila lakukan sedikit research utk mengelak kan terjadinye perkara yang tidak diingini :)

Selamat Beramal~
Semoga bermanfaat ^^





________________________________________
Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581 
COD- Pulau Pinang

Saturday 1 February 2014

Jenis-Jenia Fasa Tidur Bayi

[Corak tidur bayi anda]

UMUMNYA, semua bayi tidur sepanjang siang dan malam — hanya bangun untuk makan setiap beberapa jam. Jadi pasangan yang baru menjadi ibu bapa sukar menentukan berapa lama dan kerap bayi mereka perlu tidur.Tiada kaedah khusus untuk menentukannya kerana bayi tidak mengetahui antara siang dan malam. Mereka sangka perlu tidur waktu siang dan kerap berjaga waktu malam! Namun secara purata, setiap bayi tidur antara lapan hingga sembilan jam waktu siang dan kira-kira lapan jam waktu malam.Kebanyakan bayi terjaga beberapa kali pada waktu malam dan hanya selepas umur tiga bulan baru mereka tidur sepanjang malam.

Oleh kerana perut mereka kecil, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam. Bagaimanapun, jangan beri bayi anda tidur melebihi lima jam satu-satu masa ketika berumur antara lima hingga enam minggu pertama.

Sesetengah bayi yang dilahirkan pra matang perlu disusukan lebih kerap.Perhatikan pada corak tidur bayi anda. Jika bayi anda biasanya tidur nyenyak dan bangun mengejut, ia mungkin menandakan si kecil mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Tidur bayi juga boleh terganggu akibat perubahan perkembangan atau disebabkan rangsangan berlebihan.

Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut bayi anda ketika dia tidur kerana boleh menyebabkan jangkitan telinga atau tercekik.Seperti orang dewasa, bayi menjalani beberapa fasa tidur. Bergantung kepada fasa tidurnya, bayi anda mungkin bergerak aktif atau baring tidak bergerak langsung.Corak tidur bayi bermula ketika bulan terakhir kehamilan — tidur yang bergerak aktif dulu, kemudian diikuti dengan tidur tidak bergerak pada hujung bulan kelapan.

Jenis tidur bayi:

# REM (tidur mata bergerak) — Tidur yang tidak nyenyak iaitu apabila bermimpi dan mata bergerak ke depan dan belakang. Walaupun bayi tidur 16 jam sehari, separuh daripadanya dalam fasa ini. Kanak-kanak besar dan orang dewasa tidur lapan jam, tetapi tidur mereka tidak banyak fasa REM.

# Fasa bukan REM — Terbahagi kepada empat peringkat:

Peringkat 1 — mengantuk: mata tertutup, atau terbuka tetapi tertutup semula

Peringkat 2 — tidur belum nyenyak: bayi bergerak, terkejut atau terjaga bila ada bunyi

Peringkat 3 — tidur nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Peringkat 4 — tidur sangat nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Pada permulaan tidur, bayi memasuki fasa 1, ke fasa 2, 3 dan 4 kemudian berbalik ke fasa 3, 2 dan ke REM. Pusingan ini berulang beberapa kali sepanjang dia tidur.Ketika bangun, tahap bayi terjaga juga berbeza.

Apabila bayi terjaga penghujung pusingan tidur, ini fasa terjaga yang sunyi. Bayi anda tidak bergerak, tetapi sudah bangun dan seolah-olah tenggelam dalam dunianya.Ketika ini juga bayi anda mungkin kelihatan merenung sesuatu objek dan bertindak balas terhadap bunyi serta pergerakan, kemudian mereka bergerak aktif.

Selepas ini masuk ke fasa menangis. Badan bayi bergerak tidak tentu arah dan menangis dengan kuat. Bayi mudah mengalami rangsangan berlebihan ketika fasa menangis. Jadi pastikan anda menenangkan bayi dengan mendakapnya atau membedung (balut bayi dengan kain).

Beri susu sebelum bayi masuk ke fasa menangis kerana jika mereka sudah menangis, mungkin sukar untuk memberi susu.

Pada bayi baru lahir, menangis menandakan mereka sangat lapar!

Membantu bayi tidur

Bayi mungkin tidak dapat membentuk corak tidur dan bangunnya sendiri; terutama ketika mahu tidur. Anda boleh membantu dengan mengenal pasti tanda mengantuk, mengajarnya untuk tidur sendiri dan menyediakan persekitaran selesa serta selamat untuk tidur.

Antara tanda bayi mengantuk ialah:
# Menggosok mata
# Menguap
# Kelihatan melihat objek yang jauh
# Meragam

Bagaimana anda boleh membantu bayi tidur:
Bukan semua bayi pandai tidur sendiri. Apabila tiba waktu tidur, kebanyakan ibu bapa cuba mendodoi atau memberi susu bagi membantu mereka terlelap. Langkah ini memang baik, tetapi pastikan bayi tidak tidur di tangan atau dalam dakapan anda kerana dia akan belajar bahawa untuk tidur, dia perlu ada dalam dakapan.Apabila bayi terjaga daripada tidur, dia mungkin tidak dapat tidur balik dengan sendiri.

Kebanyakan pakar menyarankan untuk mendakap bayi hingga dia mengantuk dan kemudian letakkan bayi anda di katilnya ketika dia masih terjaga. Kaedah ini membolehkan bayi belajar untuk tidur. Memainkan muzik lembut dan perlahan apabila anda lihat bayi mulai mengantuk juga boleh membantu mereka tidur.

Corak tidur yang sesuai untuk bayi

Selama bertahun-tahun bayi di Amerika Syarikat ditidurkan dalam keadaan meniarap. Di kebanyakan negara lain, bayi ditidurkan secara terlentang. Bagaimanapun, kajian mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan tidur meniarap. Kini pakar sependapat tidur terlentang lebih selamat untuk bayi.Kadangkala boleh tidurkan bayi dengan cara mengiring, tetapi ia juga dikatakan berisiko tinggi berbanding tidur terlentang.

Pakar melaporkan, tilam yang terlalu lembut, cadar yang boleh bergumpal dan selimut terlalu tebal (menyebabkan kepanasan) juga boleh mengakibatkan SIDS. Namun apabila mereka bangun, bayi boleh diletakkan dalam keadaan meniarap bagi merangsang pembentukan otot, mata dan mengelak belakang kepala menjadi leper. Jika bayi ditidurkan meniarap, mereka juga akan diletakkan di atas tilam lembut, jadi risiko SIDS semakin tinggi. Malah, ibu merokok juga sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat SIDS.Sejak Akademi Pediatrik Amerika menyarankan semula bayi ditidurkan secara terlentang pada 1992, kes SIDS menurun lebih 40 peratus.

Tidur terlentang mempunyai banyak kebaikan lain. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bayi yang tidur terlentang mudah muntah atau muak, sebaliknya mereka mudah tercekik jika tidur meniarap.

Saranan menidurkan bayi:
# Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut dan dipasang dengan cadar yang tidak mudah tertanggal# Alihkan bantal, selimut, mainan atau barang lain yang lembut daripada katil bayi
# Guna kain selimut yang khusus untuk bayi (ia berbentuk sarung kecil yang direka khusus untuk bayi, dipanggil ‘sleeper’) berbanding selimut biasa
# Jika menggunakan selimut, pastikan hujung kaki bayi dekat dengan hujung tilam. Pastikan panjang selimut hanya sampai ke dada bayi dan sisipkan selebihnya di bawah tilam dengan kemas
# Pastikan kepala bayi tidak tertutup sepanjang masa dia tidur
# Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang terlalu empuk, bantal atau permukaan lembut lainMalah, banyak pendapat mengatakan tidur bersama bayi juga boleh mencetuskan keadaan berbahaya kerana bayi boleh tertindih. Justeru, ibu bapa disaran:
# Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah disusukan dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibu
# Jika ibu memilih untuk tidur bersama (supaya mudah disusukan), pastikan bayi tidak ditidurkan dalam keadaan meniarap, jauhkan selimut dan jarakkan katil dari perabot atau dinding bagi mengelak bayi anda tersepit di celahnya
# Jangan benarkan adik beradik atau orang dewasa lain (selain ibu dan bapa) tidur bersama bayi# Ibu bapa yang memilih untuk tidur sekatil dengan bayi perlu berhenti merokok dan tidak minum kerana ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk terjaga dengan cepat
# Untuk mengelak bayi terlalu panas, pastikan dipakai baju nipis dan tetapkan suhu bilik pada keadaan selesa. Dari semasa ke semasa, periksa dahi bayi anda bagi mengetahui dia tidak terlalu panas.

Credit- Harian Metro


-My Baby Boy-

PSORIASIS a.k.a PENYAKIT KULIT

Hi Readers,

Malam ni terasa nak berkongsikan info mengenai penyakit kulit a.k.a PSORIASIS~
Allahurabbi.. Tak sanggup saya nak letak lebih banyak gambar mengenai penyakit ni.. kesian! Sungguh!!
Jom kita cari gali ilmu mengenai penyakit PSORIASIS.
Semoga Bermanfaat :)

############################################

*Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.



#tak lalu nak letak gambar banyak2 meremang bulu roma :(
sila GOOGLE kalau nak tengok lebih banyak gambar~

*Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

*Jenis-jenis psoriasis
• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

*Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim
• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

------------------------
cadangan supliment SHAKLEE BAGI PESAKIT PSORISIS:

#NUTRIFERON: sebagai IMMUNE BOOSTER (ambil setiap hari)

#BCOMPLEX: mengawal stress. kerana tompokan psorisis akan lebih cepat merebak jika stress.

#GLA : menstabilkan hormon dalam badan

#VITAMIN C: supaya kulit tidak menggelupas

#collagen powder: melembapkan, dan menolong sel - sel semakin baik

#ESP : protein untuk pembentukan sel kulit baru

#[luaran]
herbal blend: sebagai lotion untuk melebapkan kulit


__________
Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581 
COD- Pulau Pinang

♥ Multivitamin dan Mineral PERTAMA diDUNIA a.k.a VITALEA SHAKLEE♥

RM0.00 Shaklee: Feb'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Vita-Lea Iron Formula (00P190) DN426, 138UV. Place your order now!

###########################################

Bismillahirahmannirahim~
Proudly to Annouce Promo FEB 2014~ VITALEA aka MULTIVITAMIN :)
Jom kita baca info dan kebaikan vitalea ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta di DUNIA. Asalnya dikenali sebagai "VITALIZE-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

~90 tahun dulu, Vita-lea berbentuk cecair. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya kepada tablet. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disaran oleh RDA. Diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

~Disaluti dengan serbuk spirulina. Juga dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.

~Tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan PROTIN untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

~Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan VITA-LEA SELAMA SETAHUN boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Manakala, Pusat Sains di Amerika Syarikat telah memilih VITA-LEA sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


VITA-LEA KINI


Manfaat utama Vita-Lea:
1.PENAMBAH TENAGA SEGERA
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

2.PELENGKAP NUTRISI
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidak seimbang.

3.KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4.METABOLISME
Sangat membantu dalam stimulasi metabolise dan melambatkan proses penuaan.

5.ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
- Menyediakan asas nutrisi
- Memastikan sel hidup
- Pertumbuhan sel baru
- Membantu proses pembesaran
- Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
- Menjaga kesihatan tiriod

6.MELINDUNGI ORGAN
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Ianya juga membantu :-
memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif
mencantikkan dan menegangkan kulit
menghasilkan kuku yang licin
menguatkan akar rambut
ibu mengandung atau menyusukan anak perlu ambil vita-lea kerana ianya kaya dengan mineral dan vitamin serta iron penting
untuk tumbesaran anak. jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam
membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah
kepada makanan laut


Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
#Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat

#Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis

#Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut

#Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah

#Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit

#Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah

#Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan

#Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus

#Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia

#Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit

#Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka

#Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut

#Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia

#Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan

#Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia

#Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman

#Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan

#Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda



Keistimewaan Vitalea Shaklee
✔ 2 kali lebih anti-oksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas.
✔ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
✔ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf.
✔ 2 kali lebih Beta Kerotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent.
✔ 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat.
✔ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong kesihatan tulang.
✔ 10 kali lebih Biotin untuk menyokong proses pengeluaran tenaga.

Siapa Perlukan Vitalea Shaklee  
✔ Remaja yang sedang membesar
✔ Wanita Hamil, yang menyusukan anak dan dalam pantang
✔ Wanita hamil atau mereka yang bermasalah Hb rendah
✔ Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
✔ Individu yang tidak lengkap diet hariannya
✔ Lelaki dan wanita tidak kira peringkat umur
✔ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang

Sekiranya anda mahu amalkan pemakanan suplemen untuk kesihatan optimum, cukup sekadar mengambil Vitalea Shaklee. InsyaAllah ianya terbaik untuk kesihatan berpanjangan.

Berminat Utk mencuba?
Ayuh dapatkan hari ini~
Sebotol tahan sehingga 4 Bulan~
Harga 2 angka jer :)

Photo: ♥Keistimewaan Vitalea Shaklee♥ 
✔ 2 kali lebih anti-oksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas.
✔ 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
✔ 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf.
✔ 2 kali lebih Beta Kerotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent.
✔ 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat.
✔ 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong kesihatan tulang.
✔ 10 kali lebih Biotin untuk menyokong proses pengeluaran tenaga.

Siapa Perlukan Vitalea Shaklee     
✔ Remaja yang sedang membesar
✔ Wanita Hamil, yang menyusukan anak dan dalam pantang
✔ Wanita hamil atau mereka yang bermasalah Hb rendah
✔ Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
✔ Individu yang tidak lengkap diet hariannya
✔ Lelaki dan wanita tidak kira peringkat umur
✔ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang

Sekiranya anda mahu amalkan pemakanan suplemen untuk kesihatan optimum, cukup sekadar mengambil Vitalea Shaklee. InsyaAllah ianya terbaik untuk kesihatan berpanjangan.  

#promovitaleafeb2014hargasuperjimat

NurulNadia~0134167522 (sms|wa)

____________________________________
Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581
COD- Pulau Pinang


My Boy is turning 2 YEARS OLD!! ♥

Alhamdullilah~

Setinggi kesyukuran dipanjantkan kepada Allah S.W.T diatas kurniaan terindah ini.
Alhamdullilah~ 22 Jan 12 Dua Tahun Yang Lalu saya sedang berperang dengan Ajal dan Maut didalam Labour Room demi melahirkan seorang khalifah Allah yang diberi nama MUHAMMAD IMAN SYAHMI :)

Kesakitan yang tidak dapat diungkapkan lenyap begitu saja saat menatap sebujur wajah suci yang sangat comel! :)

2 tahun berlalu dengan sungguh pantas~
Meniarap, menyulur, merangkak, bertatih , berjalan sehinggalah mampu berlari kami didik asuh belai dan berikan sepenuh kasih sayang..
Alhamdullilah sekali lagi.. Iman membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak yang lain..

Tidak seperti tahun lepas.. 
Tahun ini ibu and papa betul2 sibuk sehingga tak sempat nak organizekan sebuah bufday party yang sempurna utk buah hati kami..
Sekadar jamuan ringan dan berkumpul sedara mara demi meraikan hari kelahiran buah hati kami..
Mommy promise next year gonna be the best ever birthday party for you son! :)


I cannot believe you are two already! Two years is a long time and then not really. It is hard to remember how life was without you. But no matter what, it wasn’t this beautiful!
It is unbelievable how much you inspire me every day, and in how many ways. I never felt the need before but now, I want to be perfect. I want to be someone who you could be proud of. I want to be that place in your life where you can always come when you need unconditional love, understanding and warmth.
Every day is special and every moment is precious with you. There are more than hundred reasons to be thankful for this day. Let me count some.





♥ Son!

They Complete Me~
With   
Nurul Nadia_Ibu Iman