Saturday 1 February 2014

PSORIASIS a.k.a PENYAKIT KULIT

Hi Readers,

Malam ni terasa nak berkongsikan info mengenai penyakit kulit a.k.a PSORIASIS~
Allahurabbi.. Tak sanggup saya nak letak lebih banyak gambar mengenai penyakit ni.. kesian! Sungguh!!
Jom kita cari gali ilmu mengenai penyakit PSORIASIS.
Semoga Bermanfaat :)

############################################

*Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.



#tak lalu nak letak gambar banyak2 meremang bulu roma :(
sila GOOGLE kalau nak tengok lebih banyak gambar~

*Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

*Jenis-jenis psoriasis
• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

*Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim
• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

------------------------
cadangan supliment SHAKLEE BAGI PESAKIT PSORISIS:

#NUTRIFERON: sebagai IMMUNE BOOSTER (ambil setiap hari)

#BCOMPLEX: mengawal stress. kerana tompokan psorisis akan lebih cepat merebak jika stress.

#GLA : menstabilkan hormon dalam badan

#VITAMIN C: supaya kulit tidak menggelupas

#collagen powder: melembapkan, dan menolong sel - sel semakin baik

#ESP : protein untuk pembentukan sel kulit baru

#[luaran]
herbal blend: sebagai lotion untuk melebapkan kulit


__________
Your lovely Shaklee Independent Distributor

SMS|wa - 0134167522
nurulnadia - SID 908581 
COD- Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment