Sunday 10 May 2015

Belajar untuk BERSYUKUR

Assalammualaikum..

Apa khabar semua..
Moga baik-baik belaka..

Masih belajar utk istiqamah upadate blog setiap hari.
Tetapi perasaan M itu terlalu kuat adeiii la hai...

Alhamdullillah..
April yang penuh dengan Rahmat dan Bahagia sudah berakhir.
Di April juga kami mendengar pelbagai perkhabaran gembira.
Alhamdullilah. Sungguh RAHMAT dan KASIH sayang Allah s.w.t itu luas..
Tak terjangkau dek akal fikiran.

Terkadang kita merancang.
Ya sebagai manusia, kita penuh dengan rencana demi memastikan kelangsungan hidup itu berjalan dengan lancar.
Tapi, tahukah kalian bahawa aturan Allah s.w.t itu lagi hebat dan indah.


Ya, saya sedang melalui fasa itu.
Fasa menerima rezeki dan ketentuan yang diberikan oleh DIA.
Menerima dengan hati terbuka.
Yakin, pasti ada sesuatu hikmah yang kita tidak tahu :)

Sungguh, terkadang terasa diri ini bagaikan tidak layak menerima semua keindahan dan kebahagian ini.
Terkadang sedar, diri penuh dengan kekhilafan.
Saya juga alpa dan leka dengan rahmat mu Ya Allah.
Nikmat apa lagi yang harus aku dusta.
Allahhu... Malu. Malu dengan rahmat dan kasih sayang yang diberi oleh mu Ya Allah.

Ayuh, belajar utk mendidik hati.
Belajar mendidik hati menerima ketentuan dalam sudut positif.
Walaupon terkadang ada yang pahit kelat dan masam.
Namun siapa kita utk melawan ketentuan Illahi kan :)

Semakin Banyak kita bersyukur, Maka semakin banyak yang kita perolehi.
Percayalah! Cuba dan amalkan.
Maka anda akan rasa "MAGIC" ini.

Man Jadda Wa Jadda.
Allah s.w.t bertindak berdasarkan apa yang difikirkan oleh hambanya.

Salam Sayang,

Mommy Iman

-mereka NYAWA saya-

No comments:

Post a Comment