Wednesday 23 December 2015

SENGSARA DUKTUS TERSUMBAT a.k.a CLOG DUCT.

Assalamualaikum Semua :)

Agak lama tidak bersiaran dari blog tercinta ni ♥..

Hari ni mood terlebih rajin nak menaip >,<

Almaklum dah one week WAHM, heheh... So a bit relax and calm... Ditemani dengan Budak tecik yang hensem ni while waiting for Iman Junior to meet us Soooon :)

Topic kita hari ini adalah mengenai masalah BENGKAK SUSU, akibat dari duktus tersumbat or CLOG DUCT. OMG! Siapa pernah kena tahu betapa sakit dan azabnya.. Mmg boleh akibatkan si Ibu demam dan trauma nak menyusukan anak :(

So, Iolss hari ni terlebih rajin mencari petua bagi atasi masalah ini.

here we gooooo~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



SENGSARA DUKTUS TERSUMBAT a.k.a CLOG DUCT.

Jom cuba PETUA dibawah :)

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.


6.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

7.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

8.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

9.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.


==================================================================

Untuk mengurangkan masalah bengkak susu, ibu2 juga boleh mengambil supplement iaitu Lecithin Shaklee.

Lecithin juga terbukti, mampu membantu mengelakkan masalah duktus tersumbat.


Kebaikan Lecithin kepada ibu menyusu ♥


🌷Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
🌻Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu. 
👍Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
🌷Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
🌻Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak


Anyway, dengan setiap pembelian 2 botol LECITHIN bagi bulan DEC 2015, maka anda layak untuk menerima 5% Off!  Ayuh bertindak sebelum terlewat :)













Detail?
☛ Ask me now
________________________________
Shaklee Independent Distributor
NurulNadia
SMS|wa - 0134167522
COD- Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment