Saturday 15 November 2014

Merancang Kewangan :)

Selamat Malam semua :)

Topic HOT perbincangan kami suami isteri malam ni adalah berkaitan KAEDAH MERANCANG kewangan~

We are moving fowards to next step :)
Doakan kami ya~

Ok, back to story line, Merancang kewangan merupakan satu subject yang sangat penting dalam sesebuah organisasi.
Tidak kira sama ada bisness ataupun organisasi keluarga.
Tanpa perancangan yang rapi, kita mudah jatuh kedalam masalah HUTANG MELAMPAU yang akhirnya boleh memberikan pelbagai impact buruk dalam kehidupan kita.

Ok Jom Baca TIPS # 1: BAGAIMANA MERANCANG KEWANGAN:

********************************************************

TIANG KEWANGAN - SIMPANAN


Tapi, gaji saya cukup-cukup sahaja. Bagaimana mahu menyimpan?

Berhenti ‘membangau’. Sebab gaji kamu cukup-cukuplah kamu kena menyimpan.
Mengapa dan Berapa Perlu Disimpan?

Mengapa Simpanan?

Kerana simpanan adalah asas perlindungan, asas pelaburan, asas percukaian, asas persaraan, asas perwarisan malah asas amal jariah. Ia adalah asas utama hal ehwal kewangan.


Berapa Mahu Simpan?

Jumlahnya anda tetapkan. Asasnya, mulakanlah dengan simpanan untuk tiga bulan perbelanjaan. Jika anda berhajat memulakan pelaburan berisiko kecil dan sederhana, simpanlah sehingga enam bulan perbelanjaan dahulu.

Jumlahkan perbelanjaan bulanan anda sekarang untuk mengetahui jumlah simpanan wajib yang anda perlukan. Teruskan simpanan itu walaupun sudah mencapai targetnya. Bayarlah zakat simpanannya.

Anda boleh merasakan sedikit kelegaan bila mempunyai simpanan. Sebaliknya anda akan dilanda banyak keresahan, apabila tidak mempunyai simpanan mencukupi walaupun anda berpendapatan tinggi

Bayangkan kamu mempunyai simpanan selama 84 bulan. Alangkah leganya rasa hati. Cuma ingat, tuan puan tidak akan kaya hanya dengan menyimpan.


Bagaimana Mahu Mula Menyimpan?

Bahagikan simpanan tuan puan kepada dua jenis dana. Saya cadangkan setiap satunya adalah 10% dari pendapatan tuan puan. Maka jumlahnya ialah 20% semuanya. Buatkan dua akaun simpanan khas.

Salah satunya tuan puan namakan Dana Bebas Kewangan (10%), satu lagi namakannya Dana Hajat (10%).


Contohnya, untuk hajat belian iPhone4s, tuan perlu menyimpan selama 7 bulan jika tuan mempunyai pendapatan RM2,800. Sabarlah sedikit tuan, berbaloi-baloi. Apatah lagi sekiranya hajat itu adalah hajat menunaikan haji.

Super berbaloi.

Menyimpan Adalah Tabiat

Perkara yang kerap dibuat disebut tabiat. Tabiat pula ada tabiat baik dan tabiat buruk. Orang berjaya bukan tidak mempunyai tabiat buruk, cuma mereka fokus kepada tabiat mereka yang baik.

Menyimpan adalah tabiat baik, manakala tidak menyimpan ialah tabiat tidak baik. Terpulanglah pada tuan puan untuk memilih. Pilihan tuan menentukan impian mencapai kebebasan kewangan :)

TIPS # 2: Gunakan TUNAI. Jauhi CREDIT CARD.

Credit Card Debt As A Silent Financial Killer. Agree. Memang menang membeli hanya hulurkan Card, then bayaran setel sekelip mata. Namun kesan nya jika tidak dikawal boleh akibatkan masalah pada hujung bulan nanti.

Saya pon tengah belajar utk kurangkan penggunaan CC. Jom rancang perbelanjaan utk orang tersayang~

FINANCIAL FREEDOM! Itu impian saya~
Anda bagaimana??


Doakan kami :)

xoxo
Ibu Iman


Nota Kaki: Mahu mencari side Income?
Tak mahu bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja??
PM saya~
Sedia membantu anda ^_^


No comments:

Post a Comment