Monday 11 August 2014

Siapa Kita Untuk Berputus Asa!

Terkadang Hati Merasa Penat dan Lelah..

Penat apabila terasa diri diuji bertalu-talu..
Penat apabila merasakan semua yang dilakukan tidak berhasil..
Penat apabila usaha keras dipandang sepi
Penat apabila sesuatu yang dilakukan bersungguh-sungguh tidak berjaya..

Tetapi ingatlah sesuatu... Ujian Allah s.w.t adalah tanda kasihnya kepada kita..

Siapa kita untuk berputus Asa dan Kecewa dengan TAKDIRNYA.
Pernah kah All s.w.t. kecewa apabila kita melakukan dosa dan maksiat???
Pernah kan Allah s.w.t. berputus asa apabila kita langsung tidak pernah ingatinya??

Tidak! Kasih sayang nye sgt luas dan besar =)
Yakinlah bahawa ATURAN nya adalah sebaik2 perancangan :)

Jangan sampai berputus asa dengan aturan Illahi..
Fokus dan Yakin bahawa selepas hujan dan ribut pasti akan ada sinar matahari yang mungkin menjelmakan cahaya pelangi semula ^_^

Sebagai manusia kita mungkin terleka dan alpa...
Kekecewaan dan kesedihan yang melampau menyebabkan kita tidak redha dengan ketentuan ini~

Ya benar mungkin ada yang berkata bahawa saya mudah utk berkata-kata..
cuba terkena batang hidup sendiri.. mcm mana agaknye ye..

Tapi saya sentiasa berpegang kepada prinsip yang satu..
Yakin Allah s.w.t menguji hambanye berdasarkan kemampuan hambanye..

-sabar dan redha adalah salah satu proses mendidik hati-




#kekuatan dan kesayangan saya#

#nyawa#

No comments:

Post a Comment