Monday 30 May 2011

☛1st Trimester

Dear blogger,
For the first time saya mawu berkongsi amalan pemakanan dan tips2 di awal kehamilan
wah wah wah~ boleh ke heee :))
For me skrg merupakan satu learning process bg saya dan Incik Suami~
so kami agak excited dalam mencari maklumat dan info2 berguna :)
pssst Incik Suami sgt Excited Okeh kih3 sssyhhhh =)


Yang perlu DIELAKAN semasa kehamilan :

1) Aspirin

merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

act aspirin ni terdpt didalam ubat sakit kepala ataupon demam yg sering kita gunakan dlm kehidupan seharian~ kdg2 kita tak sedar pon ubt yg kita ambil tue mengandungi aspirin~ berhati okeh~ so utk ibu mengandung sila elakkan okeh =)



2)Alkohol -
ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar



3)Litium
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4)Vitamin A 
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat
bkn mksud kita tak bleh mkn lgsg makanan yg mengandungi vitamin A~ tp haruslah terkawal yee =)



*vitamin A*


5)Tetrasaiklin 
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6)Ubat penahan sakit
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7)Rokok 
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

As ladies@Ibu sgt2 la tidak bersopan utk anda merokok okeh!!! saya sgt2 tidak berkenan!! Plizzz stop it... Sayangi lah diri dan janin anda =)







8)Hentikan kegiakan lasak 
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

wuuu harus bersopan seketika~ after dis da tak ley main lari2 ngan Incik Suami ahahaha~ Berehat Seketika =)


*no more lari-lari*


9)Minuman tertentu 
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

10)Makanan 
makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.



PEMAKANAN DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL:

- Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dantelur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, kejudan tofu.



*protein basics*






Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 









Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelasjus oren.

sekarang saya juga telah mengambil asid folic sebiji sehari~ bagus untuk pertumbuhan baby.. Acid folic boleh dibeli difarmasi ataupon jika nak lagi senang pegi ke klinik kesihatan yg berhampiran anda.. if im not mistaken anda akan mendapat asid folic ini percuma jika pg amik diklinik kesihatan kerajaan =) (info dari  bonda)







*acid folic*



Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi darikekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

act biji bunga matahari sama maksud dgn kuaci ye kengkawan kih3~ nowander la saya jrg marah skrg ni.. hari2 dok mkn kuaci ahaha =)


*kuaci*

Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.





Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.




*baek utk menambahkan zat besi didalam tubuh*


Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE







*vitamin E*






Selamat Beramal~ Renung2kan Lah


No comments:

Post a Comment