Tuesday 16 September 2014

Syukur Itu LUAS Maknanya :)


Esok Sudah Mula bekerja~
Jujur jauh disudut hati masih mahu berehat dan bercuti dirumah.
Ditambah lagi dengan keadaan anak teruna yang masih tidak berapa sihat (T___T)

Tapi itu adalah kerja saya, punca rezeki saya.. Maka tidak wajar utk saya bermalas-malasan dan memberi alasan =.=


Bila berhadapan dengan situasi macam ini, saya akan cuba pujuk diri utk berfikiran sepositif mungkin.

Atleast kau ada kerja, ramai lagi diluar sana yang mencari kerja. Jadi harus berSYUKUR :)

Syukur Syukur Syukur.
Sudahkah anda bersyukur hari ini?

Syukur itu besar maknanye :)





#syukur saya diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t utk menjadi ibu kepada budak hensem ini >,<





#syukur saya dianugerahkan keluarga yang sempurna dan penuh mawaddah. Suami yang perfect! Anak yang sihat dan cerdas :)




#syukur saya diberikan kesihatan yang baik, utk terus berbakti kepada keluarga, teman dan masyarakat :)

Jika mahu disenaraikan rasa SYUKUR ini tak terkira gamaknya..

Oleh itu rajin-rajinlah bersyukur.

Besar nikmatnye bersyukur.
Atleast memberikan kita erti dan rasa "CUKUP" dengan apa yg diperolehi
Syukur juga memberi dan mengajar kita utk sentiasa berfikiran positif.

Tipulah kalau saya tidak pernah bersedih dan kecewa.
Tapi saya RESET minda dengan kembali BERSYUKUR.

Ujian Allah s.w.t juga patut disyukuri.
Itu tanda SAYANG DIA kepada kita.
Supaya kita kembali meletakan dahi di sejadah dan terus berdoa kepadaNYA memohon pertunjuk dan pertolongan.


Jadi, ayuh senaraikan seberapa banyak perkara yang patut anda syukuri hari ini sebelum menutup mata utk beradu :)

Selamat Malam Readers!

xoxo
~ibu iman~





No comments:

Post a Comment