Monday 15 September 2014

Tips: Jom Baca Cara Untuk Boost Susu Ibu :)

Assalamualaikum dan Selamat Malam Readers :)

Apa khabar korang ^_^
Malam ni terpanggil hati utk berkongsikan tips-tips asas utk kita boostkan penghasilan susu ibu..
Ini adalah perkara yang saya praktikan selama 3 tahun dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Alhamdullilah it's works! Sampai ke hari ini saya masih menyusukan Putera Hati saya a.k.a Iman Syahmi =)

Breastfeeding Journey adalah satu moment yang tak terungkap dek kata-kata!
Hanya ibu ibu yang melaluinya akan merasakan satu perasaan nikmat yang tak terkata.
Setujukah anda mommy out there >,<

Ok! Tak mau celoteh panjang2 Jemput baca tips-tips yang saya conclude kan dibawah. =)



[TIPS UTK BOOST MILK PRODUCTION]


1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa


2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang

::My dream for second baby, Insha allah :) ::


3 Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
[Power Pumping for me very helpful dan saya memang amalkan ketika milk production merudum]





4 Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.
[Ingat! Menyusu dia kedua-dua bahagian dan kosongkan payudara selalu]




5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi



6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan



7.Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan



8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu


9.Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
[Based on my experience kalau selalu minum air masak hari tu or amik sup during lunch or dinner mmg sekejap je saya akan engorge. Basah baju >,<]

10.Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama



11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok

12.Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang. 
[Dioffice saya wajib lakukan activity mengepam, balik rumah directfeed and continue pumping dan malam before today wajib sekali lagi pumping. Then malam directfeed sekerap mungkin ]




13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

14. Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit

15. Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..



InshaAllah jika Ibu mempunyai semangat juang yang tinggi tidak MUSTAHIL utk kita berjaya memberikan penyusuan EXCLUSIVE SUSU IBU khas buat si Manja.

Usaha, Doa dan Tawakal~

Selain itu Pengambilan Supplement utk Boost Milk Production juga sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

ESP + Alfalfa + Osteomatrix adalah Set Badget Penyusuan yang saya sarankan.


For Detail Feel Free utk PM saya~
Saya sedia memberikan penerangan secara detail :)


________________________________
Shaklee Independent Distributor
NurulNadia 
SMS|wa - 0134167522
COD- Pulau Pinang



No comments:

Post a Comment